Assalamualaikum. Wah lambat sungguh maCy keluarkan entri ini, Imam Muda 2 sudah pun diketahui siapa. Baik, straight to the point. Siapa pernah dengar ada mulut yang berkata seperti di bawah : "Aku benci peserta Imam Muda sebab guna agama untuk naikkan nama sendiri, tak ikhlas namanya, riak saja!" Memang benar, apa-apa pun dengan agama perlu ikhlas. Hatta makan sekalipun perlu ikhlas, makan juga ibadah kan. Ikhlas itu antara kita dan Dia, tuntut ilmu agama kena lah ikhlas, buat apa nak masuk program Imam Muda bagai. Riak lettew , kata mereka. "Imam Muda tu palsu. Jangan harap aku nak tengok, baik depan kaca televisyen saja!" Kata ikhlas itu antara mereka dengan Dia, mana pula tahu palsu dimana? Biar sekalipun mereka palsu dalam Imam Muda, sekurang-kurangnya mereka tidak palsu dalam menuntut ilmu selama hidup mereka sebelum ini. Atau ada yang mahu kata, sebelum mereka belajar pada tahun-tahun yang lalu, sudah dapat diramal adanya program seperti Imam Muda ini?...