Assalamualaikum, Hari ini maCy rasa sihat tidak sihat. Dari semalam lagi rasa macam ni tapi maCy buat dek sahaja siap pergi keluar tengok movie The Other Guy, makan Pizza balik terus rasa macam nenoneno sahaja. Kepada follower setia blog ini, masih ingat entry kenapa begitu abah ? Hari ini sebenarnya baru betul tarikh ulangtahun kelahiran beliau. Jadi, walaupun abah tak baca blog. Selamat hari lahir, abah. ma sayang abah sangat. Semoga abah terus panjang umur, sihat selalu, murah rezeki, etc, etc. Mak dan abah yang tak ternilai pengorbanannya Abah di usia 64 tahun, masih kuat. Kredit to kak sYami yang edit. Tiba-tiba teringat, dulu bila balik rumah dari hostel, terutamanya jika berpuasa, abah mesti pergi belakang rumah ambil air kelapa untuk anaknya ini. Wajahnya kini masih ada riak garang, tapi bila ditembusi, lebih nampak riak penyayang.. Abahlah hero kesayangan yang tiada galang gantinya. p/s : sayang abang Jie jugak. Nak cakap depan-depan malu. kekanda abang long besdaynya 23h...