open room plus true or dare
Assalamualaikum semua! Hari ini maCy mahu bercerita mengenai open room kami semalam. Sangat seronok dan kenyangnya! Mulanya plan kami agak terganggu sedikit memandangkan sebahagian daripada kami terpaksa menyertai perlawanan bola baling yang meletakkan maCy sebagai calon utama keeper. uhh~ Menyesal dulu cuba-cuba main jadi keeper. Tapi apa yang best, tidak satu pun bola yang membolosi gawang kami! Menjadikan seri tanpa mata, masa permainan ditambah. maCy dengan penuh gembiranya bermain di tengah padang setelah berjaya memujuk seorang rakan menggantikan tempat maCy sebagai keeper dan yeay! satu mata untuk hasil jaringan cik puan maCy! Tapi kemudiannya bolos pula di gawang sendiri. haha. Selepas itu barulah maCy kembali menjadi keeper. Tak suka jadi keeper. Harap maklum. Lagi-lagi masa penalti, semuanya bergantung di tangan ini.. ~yang penting, kami menang! See the leg lah ok? ;p Oh, back to the story. Parti makan kami diadakan di bilik tv. Antara men u yang ada ialah ialah spaghetti, na...