Posts

Showing posts from January, 2017

First time..Mi Kolok & Laksa Sarawak

Image
Assalamualaikum.. Haii.. lama tak tulis-tulis. Almaklum, busy bekerja dan berkeluarga. Hihi. Tajuk tu refer kepada first time merasa tau, bukan first time memasak :p Teringin nak makan since tengok dalam Jalan-jalan Cari Makan ke Sarawak. Tapi manalah kita nak sampai ke Sarawak kan, so i ols google aje untuk cari mi kolok dan laksa Sarawak kat area Selangor ni. Mi kolok memang maCy belum pernah try tapi laksa Sarawak pernah masa zaman IPG dulu, lecturer hidang masa open house. So finally, kami sampai ke Restoran Akasia ni. Restoran ni turut menghidangkan western dan masakan panas. Tapi since dah ada aim, so terus order sahaja mi kolok special dan laksa Sarawak. Tak silap mi kolok tu ada option biasa, sup dan special, tapi terus order yang special. Hehee Ni lah rupanya laksa Sarawak dan mi kolok Bajet je si AqidSoleh ni pandang-pandang, macam lah dah boleh makan. Huhu So overall tidaklah menghampakan. Ok la.. Boleh datang lagi ajak mak abah ibu ayah pulak.