Monday, December 7, 2015

Throwback Lawatan ke Colmar Tropicale

Assalamualaikum,

Haiii.. Sungguh busy busy plus rumah line tak ok lagi. Free-free ni sambil tengok laptop, tengok semula gambar-gambar lama. First dating after kahwin, jalan ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi! Simple yet precious time. Mana pun kita pergi asalkan dengan yang tersayang, semuanya boleh jadi seronok kan.

Tiket masuk RM12 untuk dewasa. Tapi nanti boleh claim semula masa check in. Makan kat atas tu mahal ok, jadi boleh plan makan-makan dulu di bawah sebelum ke sana. Lagipun nak turun jauh dan gelap. So, kami makan je walaupun mahal sikit. Tambah pulak memang tak plan pun. On d way balik kampung, tiba-tiba je cik abang bawa singgah sini. Surprise sungguh. hiks



First sampai sebelum check in, kami berkuda dulu. Memang best. Mula-mula trainer akan ajar, depends lah kita nak pilih option mana satu. Tapi alahai, masa ni kuda maCy agak scary. Tak mahu ikut arahan maCy, nak makan rumput lah. Nak pusing belakang lah. Alamat kalau dibawa lari, sampai ke Terengganu lah kita tak dapat berhentikan kuda :p


Then we all masuk lah tempat-tempat lain, ada Botanical Garden, ada  Japanese Village dan lain-lain. Di Japanese Village, boleh try teh jepun dan memakain kimono. Tapi maCy dan suami tak masuk pun. Mengelakkan sebarang pengeluaran duit :p


Kat sini, untuk bergambar memang seronok. Cantik. Tapi lepas dah habis jalan, alamak nak buat apa lagi ni. Masuk lah hotel dan tidur kepenatan. hihi.. Malam tu kami makan-makan dan ambil angin malam je. Dan tak ketinggalan masuk 4D Roller Coaster movie. 4D ke 5D entah tak ingat dah. Tak takut pun, sebab orang sebelah aka cik abang buat-buat gaya takut sambil ketawa. iskk


The next day tu ada cultural performance, tapi maCy tak ambil gambar pun. Busy ambil gambar diri sendiri. haha.  Overall, jalan sini tak payah bermalam pun ok. Tapi since masa ni kami masih PJJ, saja lah bersuka-suka berdua. Bila lagi kan? hehe

Ok sampai sini dulu, next time story lagi :)

~ Salam kenal untuk yang baru berkenalan :)