Sunday, May 24, 2015

Whats New? Teachers Day!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Gembira terima lawatan sahabat lama dan baru. Tak sangka masih asa yang 'hidup' lagi di alam blogging ni. Hihi. Antaranya lyacolours, AJ nismihan, cikgu shameel, asada ryutaro, padin, syarifah radiah dan lain-lain. Tak sempat nak buat hyperlink, kalau tak bolehlah jenguk-jenguk blog otai lama semua ni.. huhu

Baru-baru ni ada sambutan hari guru kan? Alhamdulillah, dapat banyak hadiah pada tahun kedua sambutan hari guru ni. Antara yang best, dapat shawl dan tudung ada juga 5 helai. hihi.. Walaupun maCy dah kempenkan, jangan keluar duit beli macam-macam, kalau nak bagi sangat bagi pen sebatang dah cukup. Tapi macam-macam juga yang diterima. Alhamdulillah semua maCy suka.


Lain-lain yang bukan guru, mungkin Hari Buruh nanti boleh main tukar-tukar hadiah.. hiks


Tuesday, May 12, 2015

Masih Pengenalan

Assalamualaikum..

Terima kasih atas kunjungan sahabat baharu dan lama. Masih lagi kelu jari jemari, masih lagi kaku dalam memilih jalan penulisan bagaimana. Dicuba baca tulisan lama. Ada yang bercorak santai, seakan bercerita dan tidak kurang masih ada yang sesekali dikait bahasa ikut rentak sendiri. 

Rasanya proses yang mahu dibuat perlahan, replace imej-imej yang sudah hilang akibat tindakan drastik mahu menutup blog dan akaun blognya. 




Sayang sekali, masa tak boleh berundur lagi. Kan?

p/s gambar tu. ala-ala hai, masih ingat saya? Dulu belajar kini dah mengajar :)