Sunday, November 25, 2012

:: Fussilat : 51

Assalamualaikum.


Maka, usah bersedih dengan dugaan. Kerana barangkali Allah menarik nikmat yang telah dikurniakan kerana mahu mendapatkan kembali cinta dari hamba-hambaNya.

Dan maka usah lupa apabila nikmat dipinjamkan atau dipulangkan semula, kerana semuanya itu milikNya.


quotes dan ayatNya di'alih ke bentuk gambar untuk dibuat wallpaper.
dan alhamdulillah, nikmatnya bercuti di rumah :)


Tuesday, November 6, 2012

:: inspirasi

Assalamualaikum,


"Apa yang kita ingat dari kenangan-kenangan yang dirakam oleh kita? Nama tempat, nama permainan, nama sahabat atau kejadian adalah perkara-perkara yang mungkin lambat laun boleh terlupa. Tetapi, tidak dengan rasa. Rasa senang, rasa sedih, yang akan terus kita bawa tanpa mudah tercicir di sepanjang perjalanan kita. Dan semakin kita dewasa, kita akan menyedari bahawa di antara kenangan-kenangan tersebut ada satu rasa yang paling besar."

Petikan kata indah dari kisah ini seakan mengetuk pintu, membuka hati, dan membuat kepala berputar berfikir sendiri.

Semalam aku mengalah dengan rasa yang tidak kepastian hujungnya.

Semalam aku berhenti kerana ada Hyde yang tersembunyi di sebalik Jekyll.

Dan hari ini aku mahu membuka pintu untuk mereka yang sudi membaca.

Paling tidak, aku ingin menulis sedikit-sedikit sebagai terapi untuk aku sendiri.

Jika tidak banyak, sekurang-kurangnya pasti ada sedikit inci tulisan dari yang lepas yang bisa memberi pengajaran.

Jika tidak banyak, pasti ada sedikit inci pengalaman manis yang kita kongsi bersama.

Jika tidak buat kamu, barangkali buat aku sendiri.

Dengan itu, assalamualaikum :)


Menulis itu satu passion.
dan berkongsi perkara baik biarpun diri belum cukup baik itu satu ambition.