Tuesday, December 27, 2011

Oh Yusry KRU!

Assalamualaikum.



Semua pun tahu kisah Lisa Surihani dan Yusry KRU kan. Selamat berbahagia keduanya. sroooot~

I was a big fan of KRU. Err, I am, still. Cuma sekarang KRU sibuk dengan produksi mereka jadi kurang lagu hot hot seperti dahulu kala. 

When I was about 4 to 5 years old, few of my cousins and siblings buat macam dancing competition saja saja dalam rumah. My sister and cousins buat lagu irama Malaysia, lagu Siti Nurhaliza dan apa tah lagi. The older cousin pasang kaset pada radio, dan uruskan penyampaian hadiah which was we all guna piala-piala abang kakak dalam sukan. Like real. huhu

I could still remember one of my cousin terjatuh waktu menari then dia buat-buat macam sengaja bagi terjatuh, like it was one of her dancing part. haha. And me? I chose untuk menari lagu rap KRU and I managed to make one step which got a big clap from the 'audience' aka my cousins and siblings tu.

See, I am their big fan since I was a kid. And surely my biggest crush is Yusry KRU! Oh, abe Yusry. maCy ingat abe Yusry sanggup tunggu maCy habis belajar. sob sob

Here is one of KRU's song late 90's. One of my favourite salain yang rancak-rancak tu. Apa Saja Untukmu.


Tapi untuk kali ini, maCy dedicate lagu ni khas buat Yusry KRU. Janji Tinggal Janji~


Oh kasih... sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku... kerna mu~

Abang Yusry, akan maCy simpan pembalut cikedis kenangan percintaan kita.. SOb sob

Hehe. Ok lah. Sebelum maCy semakin mengarut. Selamat berbahagia Lisa dan Yusry. Tata~ :)



Cuti bakal berakhir~

Thursday, December 22, 2011

renungan

Assalamualaikum



Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.

Renung-renungkanlah dah selamat menuntut ilmu serta mengamalkannya! :) -->


Monday, December 19, 2011

Perlukah subjek Pend. Islam diwujudkan di universiti?

Assalamualaikum.

Subjek Pendidikan Islam. Bunyinya seperti sering didengar, kelihatannya seperti tidak penting sahaja, bukan?



Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan telah membelakangkan aspek rohani. Sehinggakan seringkali disebut singkatan JERIS berbanding IRESJ iaitu keutamaan pada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berbanding membawa aspek rohani ke hadapan. 

Benar, masing-masing sudah mulai meningkat dewasa maka santapan rohani boleh diusahakan oleh individu itu sendiri berlandaskan kesedaran kendiri. Namun, selantang mana kita membuah bicara, masih tidak dapat menafikan tegarnya gejala keruntuhan akhlak yang kita hadapi era ini.

Jika di universiti boleh diwujudkan subjek untuk membekalkan kemahiran komunikasi kepada para siswazah demi menghadapi temuduga juga alam pekerjaan, mengapa tidak boleh diwujudkan satu waktu untuk Pendidikan Islam bagi membekalkan peringatan buat bekalan sepanjang hayat?

Belia diharapkan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. Tetapi apa gunanya jika pelapis itu mendapat anugerah diraja pada hari konvokesyen mereka tetapi cetek pada ilmu agamanya. Lihat sahaja kepimpinan pada hari ini, tidak perlu menuding jari pada siapa-siapa. Cermin media massa sudah terbentang luas memantulkan hakikat pemimpin kita. Gejala rasuah? Judi yang dihalalkan? Riba yang dimestikan? Atau pemimpin yang gagah di medan perjuangan mahu membela nasib rakyat sedangkan belum mampu menyuruh isteri sendiri melitup aurat sempurna. 

Juga tidak perlu diceritakan lagi betapa nazak negara kita hari ini dengan pelbagai kes murtad, rogol, seks songsang dan sebagainya. Manusia ini pelupa. Semakin tua semakin pelupa. Maka, apa salahnya sebelum usia tua menjengah, peringatan demi peringatan disalurkan terutamanya pada saat kritikal sebelum belia dibebaskan untuk menjalani kehidupan sendiri, iaitu ketika belia, malah maCy sendiri berada di peringkat universiti.

Maklum, Pendidikan Islam sudah diwujudkan bermula dari sekolah rendah lagi. Tetapi apa salahnya disesuaikan dengan peringkat usia serta keperluan dalam membina benteng dalam belia sedang senak disogok dengan pelbagai hiburan duniawi. 

Di surau misalnya, ada dijalankan ceramah juga aktiviti sebagai pengganti. Tetapi sejauh mana dapat memaksa semua penuntut universiti menghadirkan diri dalam kekangan masa dan tugasan menjadi zikir sebagai alasan. Malah, untuk diri maCy sendiri. Maka, barangkali pengisian masa subjek Pendidikan Islam yang pendek itu sedikit sebanyak mampu mengusik hati saat kita, maCy, terleka.


Semua ada pandangan masing-masing, dan ini pandangan maCy.



Mengetuk keyboard sambil menghala mata menonton sinetron.
Teringat kisah pelajar lelaki tajaan Petronas yang berkahwin juga dengan lelaki di Dublin seperti yang digembar-gemburkan  tahun lepas.

Friday, December 16, 2011

triffles + Novel Noor Suraya

Assalamualaikum.

Tadi Intan Maisarah call. A good blogger friend, my twin my sweetheart my darling. Remind me on Asada Ryutaro, Rin Catherine, Lucifer, Iqbal Syarie, etc etc yang dahulu sama rajin update sama rapat dan kini masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. 

People changed, so do I.

Um, tadi maCy pergi kedai buku tau. Terjumpa buku 'Oh, Mudahnya Menjahit Baju Kurung' tapi finally hampir-hampir bayar maCy tukar dengan Majalah Solusi.. Sebab.... Boleh ke belajar benda praktikal macam tu melalui pembacaan sahaja? Geram pula tak beli tadi.



Oh, see apa yang maCy buat semalam. Triffles! Tapi rupa tak cun. Apa yang penting, rasanya memang yummeyh! Haha. Plan mahu buat apam polkadot hari ini sebenarnya. Tapi mak bising suruh habiskan dulu apa yang ada. Huu~

Few friends keep asking me to write novel. Tapi kan... I hardly read one, so how can I write one? Even cerpen pun ya Allah malasnya nak baca. The only novel maCy habis baca seumur hidup adalah 'Surat Ungu Untuk Nuha' dan 'Panggil Aku Dahlia'. Both by Noor Suraya. Even Ombak Rindu maCy tak habis baca tahu? ~Ok, sebenarnya maCy siap tertidur lagi baca Ombak Rindu walaupun sebenarnya baca depan dan belakang aje. hehe

If you have same 'taste' with me in reading, I think you might fall in love dengan tulisan Noor Suraya juga. Bahasa yang cantik, kurang imaginasi percintaan romantik melampau dan yang paling penting, watak-watak dalam novel beliau biasanya terdiri daripada watak yang mempunyai nama yang biasa-biasa dan tidak dicirikan dengan rupa paras yang serba menarik dan indah seperti kebanyakan novel cinta di pasaran. Try baca!

Err.. My nephew is crying now. Got to go. See ya later! :)


Teringat pula kisah buat kek, entri tahun lepas. Teruk betul. Huhu

Tuesday, December 13, 2011

the only puding this year


Assalamualaikum.

Here I come. Sebulan without updates. My eldest brother ke Mekah jadi sibuk jaga anak-anaknya 6 orang. Tambah-tambah selalu kakak balik bawa anak-anak saudara lain, jadi penuhlah rumah.

Cuti panjang tahun ni sebenarnya maCy berangan nak belajar menjahit dengan mak. Tapi tak berkesempatan. Main masak-masak pun tak sempat. Baru semalam mula. Tapi bahan pula serba tak ada. Jadi dapat buat benda simple dengan apa yang available sahajalah.





Puding karamel yang sangat lah simple bahan memang surely available dalam almari dapur. Dikurangkan manis agar boleh dimakan oleh abah yang tak berapa nak boleh makan manis tu. Tapi dibantai durian banyak-banyak aci pulak. =="


Aiskrim laici. Ala-ala main masak-masak dengan adik-adik je buat ni. Haha. Tapi my nephew and niece tersangat lah suka. Nama pun aiskrim kan..

How I wish my sister, Kak Sya ada dengan maCy. Boleh buat sama-sama. I love pudding while she loves to bake cakes. Tapi ape pun she's better at dessert lah. Dia study food biotech jadi memang banyak belajar macam-macam. Untung!

Ok. That's all for now. Nak ajak kakak (another sister) pergi kedai beli tepung kastard, serbuk koko and few things lagi. Mood tengah rajin. Cuba dulu jadi tak jadi belakang kira.Hihi. Tata~


Senyum senyum senyum senyum.
Sorry lama tak sempat visit even before ni updates few times.
dan err, pakai header yang pernah pakai sekejap. boring dgn yg lama. nak buat yg baru busy pula.