Monday, August 29, 2011

tunggu sekejap

Assalamualaikum.

tunggu sekejap!
aku belum bersedia.
tunggu sekejap!
amalku belum cukup sempurna.
tunggu sekejap!
*zap*
maaf. kini sudah tiba ajalnya. tunggu sekejap angan cuma.

Ilham tulisan AkuBukanMalaikat

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin buat semua.
Ikhlas dari Macy Humaira, dan teman SkandaL dariLangit.

Saturday, August 27, 2011

diari ramadhan ke 26

Assalamualaikum.


Ramadhan ke 26. Bunyi kipas menyentuh gegendang telinga. Halus sahaja.  Sebentar lagi Imam  akan melafazkan niat solat tarawih rakaat ke-9. Beransur hilang suara anak-anak kecil berlari. Suara anak dara serta mak dara bergurau senda juga hilang akhirnya. 


Mata meliar sebentar ke kiri kanan hadapan serta belakang. Kiri kanan dipenuhi wanita-wanita berusia yang sudah berkedut kulit wajah mahupun tangannya. Di hujung kiri ada seorang wanita tua duduk di atas kerusi sahaja. Meliar pula mata ke hadapan. Di tengah saf kedua lelaki barangkali, seorang lelaki bertubuh melidi juga di atas kerusi. Sakit pasti. Tapi tetap menggagahkan diri menyahut seruan malam-malam terakhir Ramadhan. Dikilas badan ke belakang. Mencari raut wajah tegang, wajah gagah serikandi ummah. Ada. Melunjur kaki di sisi dinding sambil menekan punat telefon bimbit.

Ada nya aku pada hari ini di sini, sekali dalam jarang-jarang, sesekali dalam sekali-sekala. Di mana aku pada saat ini pada hari semalam? Jika tidak di hadapan komputer riba, sudah di kamar tidur pastinya. 

Esok. Harapnya digagahi hati ini mengadap sisa-sisa ramadhan kali ini. Jika tidak penuh, harapnya untuk memenuhi 8 pun hati tetap utuh.  Hari esok lusa pun bukan ada urusan ke sekolah seperti hari-hari biasa. Malam ini pun, bukan letih mana lagi-lagi dengan pak imam yang lantang mengalunkan bacaan ayat suci-Nya. 

Sedang siang dalam lapar dahaga boleh pula berpusu-pusu mencari kelengkapan raya.. Mengapa tidak dikejar amalan di malam hari? Mana ada penat? Cuma hati yang malas mencari rahmat.

Salam hari-hari ramadhan terakhir buat semua..


p/s : Jam tepat 12.15 malam. Baru selesai makan kuey teow goreng yang digoreng mak. Mahu masak sendiri mak nak teman last-last mak yang masak. hik2. 
p/s ii : Credit to Sara, kalau bukan sebab dia tak adjust masa buat menulis sebentar. Musim sibuk.

Tuesday, August 23, 2011

mitos

Assalamualaikum.


Menyisir rambut panjang separas bahu yang legap warnanya. Duduk di hadapan cermin memantul cahaya matahari terang menjadikannya perang warnanya. Memandang langit tinggi, cerah namun mendung langit seakan mahu menemani hati yang sedang bergelodak rasa entah apa-apa.

Kembali melangkah perlahan memandang cermin. Hukum fizik meletakkan pantulan objek dan pantulan imej sama darjahnya. Memantulkan imej sebuah kotak kecil jingga warna. 

Apa di dalam? Hati berbisik seakan tidak mahu tahu. Tapi hati di ceruk paling dalam sedia ada tahu. Sebentuk cincin silver bersaiz 8. Kecil sehalus jari tuan empunya badan. 

Gadis bertubuh kecil itu berpaling. Namun mata kembali membalikkan cahaya menangkap imej kotak hadiah pertama si dia. Dibelek perlahan dibuka sengaja. 

Lekas! Hati mendesak keras. Lalu berlari gadis bertubuh kecil itu menggenggam sebentuk kenangan lalu menuju ke tasik tinggalan 200 meter dari lokasi teratak kediaman. Dalam mengah nafas dalam adrenalin mengalir pantas dilontar satu-satunya bukti percintaan yang sudah lunyai itu sejauh yang mampu. 

Senyum. Senyum jujur atau senyum menipu. Biar air mata sahaja yang mendefinisi segala rasa yang sudah lama membeku..


Segalanya mitos belaka..


p/s : At home. Seminggu di sekolah =)

Sunday, August 21, 2011

me

Assalamualaikum.


Yesterday I was ME. Today I am ME. Can't you see the difference?


p/s : Thanks to Intan Maisarah for her raya card, and that note :)
And thanks to you too for the BIG green raya card, with no name. Sweet ^^




Wednesday, August 17, 2011

beloved

Assalamualaikum.


To the one in maroon,
I'll be there at KLIA to wait for you. Welcome home. No matter how fun it was in Melbourne, Australia, I hope you'll be missing me like I do. I miss you more than words can say. I do waited for you everyday on skype, hoping that you're online to make a video call. So I can listen to your voice, so I can see your pretty face. 

And...

I wanna ask you a favor. Can you please don't ever leave me again?


Love, 
ur lil sister.



p/s : ur getting married. we won't be able to chat d whole night again. aite?




Tuesday, August 16, 2011

spread love, not hate

Assalamualaikum.



Think.


p/s : life is so hectic. i need time to blog. to read. to hang out. to work less.

Thursday, August 11, 2011

kesayangan

Assalamualaikum.



Lagu Random Awesome-Yuna sebagai latar.

Permulaan hari yang menyenangkan. Hari berganti hari, masa silih berganti. Burung-burung berkicauan penuh gembira. Tupai kelihatan berlari berkejaran riang tak terkata.

Senyuman manis terukir. Panggilan telefon awal sejam sebelum kalimah seruan solat subuh kedengaran masih terngiang-ngiang lagi. Bualan kosong. Sekadar mengejutkan gadis biasa-biasa ini untuk bangkit bersahur setelah semalam terlepas mengejar pahala sunat itu adanya. 

Pernah satu ketika cerita lama bermain tanpa diminta dirayu pergi tetap adanya tapi kali ini ia tewas tampaknya. Benar seperti dikata, memori lalu tak akan pudar sendiri tanpa ada memori baru yang lebih baik hadir mengganti.

Tersenyum lagi. Andai hati ini punya empat musim semuanya, pasti kali ini musim luruh saatnya. Bila tiba masa, musim bunga pasti menjelma.

12 Ogos 2011. Selamat hari lahir yang ke 24, buat kesayangan, buat dia. Dia yang menghidupkan aku kembali dari lena yang panjang..


p/s : :)

Saturday, August 6, 2011

yang mudah dirasa susah

Assalamualaikum.


Telefon bimbit. Awalnya tidak pandai untuk mengoperasikan model terbaru, akhirnya menjadi cekap kerana sering menggunakannya. 

Memandikan mayat. Memandikan mayat itu lebih mudah berbanding memandikan budak kecil. Mayat statik tanpa gerak, kanak-kanak melompat adakalanya sukar dikawal. Tetapi kita merasa susah kerana tidak mahu mencuba,  tidak mahu belajar, menganggapnya sukar dan mengkomplekskan yang sunat seperti ianya wajib.

Agama itu mudah. Tetapi menjadi susah kerana tidak mengamalkannya.


p/s : selamat beribadah semua. maaf atas kesibukan. tidak berpeluang menjenguk dan berkongsi ilmu. Gambar atas tu tak ada kena mengena, sekarang tengah mode assignment siapkan video guna kartun cicak dengan siput tu. huhu