teman blogger

Assalamualaikum.


Pertumbuhan blogger baru bagai semut menghurung saat gula terjatuh ke lantai. Banyaknya tak terkata. Dan begitu juga kehilangan seorang demi seorang blogger yang entah ke mana. Tak kurang juga yang updatenya sudah mula perlahan, bagai nenek tua yang sukar mahu berjalan.

Hilang. Termasuk maCy pernah suatu hari dahulu. Hampir 2 bulan lamanya, membuatkan ramai yang bergelar sahabat asyik bertanya. Tak kurang yang meninggalkan jejak di petak komen bertanya ke mana hilangnya tuan teratak merah hitam putih ini. Berehat, itu sahaja yang mampu dikata.

Kata mereka, blogger tegar bukan mudahlah mahu meninggalkan arena ini. Keseronokan membaca dan tulisannya dibaca, juga keseronokan membina jaringan persahabatan sesama blogger yang tidak ternilai kuat ikatannya. Tidak percaya? Tanya sahaja pada mana-mana blogger tegar yang merasakan menulis itu satu passion yang tidak terucap, tanya mereka siapa pendengar dan penasihat terbaik saat luka kembali berdarah, atau saat si gagah yang tiba-tiba saja tersungkur ke tanah.

Bukanlah mengatakan bahawa sahabat di luar tidak sebaik sahabat di dalam ini, cuma, blogger atau penulis kebiasaannya mempunyai satu sifat memahami dan menerima yang tidak tertanding. Di saat mereka di luar memandang jelek pada sesetengah antara kita, saat itu masih ada di antara kita yang masih sudi menerima dan masih sudi memberi kata keramat yang membolehkan si tempang kembali berlari. Bukanlah semua, barangkali maCy bernasib baik kerana dikurniakan sahabat blogger yang merangkap sahabat dunia akhirat kini. Bukan sekadar penambah bilangan komentar pada ruangan komen tapi juga penambah ceria hari-hari yang malap adakalanya.

Kata Pena Marhaen di suatu hari, "Aku kagum tengok kau semua, kenal di blog, di FB saja tapi rapat macam dah kenal lama.". Tersenyum saat maCy membaca tulisannya itu di ruangan chat FB. Tatkala itu beliau memperkatakan mengenai maCy dan rincatherine terutamanya yang ada saja cerita untuk dijadikan bahan ketawa. Dan pabila salah seorangnya berduka, ada sahaja cara yang diusahakan untuk mengukir senyuman semula. Bagaimana boleh begitu? Mudah, hanya dengan memahami dan menerima..

Itulah namanya sahabat, bukan hanya teman kala suka, tapi juga tongkat kala duka. Buat sahabat yang maCy kenali di teratak Aku, Kau dan Mereka ini, di semesta mana-mana blogosphere, mahupun di mana-mana rumah di alam maya, dengan rendah dirinya maCy ucapkan 150 juta terima kasih.


p/s : masih mode sibuk. belum sempat menjengah ke rumah-rumah maya:)

Comments

beautiful_rose said…
tak mengapa macy...rehat lah sepuasnya.nanti bila sudah peroleh tenaga maksimum,kita samalah berlari mengejar pelangi itu.












aku pun penat.masih tetap teguh memaksa diri untuk berdiri.kalau2 aku jatuh nanti,boleh pinjamkan aku tongkat,untuk kembali berdiri lagi,macy? =)
ENCIK TIKUS said…
tersenyum aku baca .

nanti dah tak busy jangan lupa singgah blog aku yea cikguuuu..
Duniakuabstrak said…
pernah 'bertegur sapa' macy dengan satu lagi identiti macy tu..hehe
Wawa Amran said…
dtg jenguk Macy~ Nanti dah x busy g lar jln2 =)
fiezah91 said…
hehe macy macy.. :)
wachak said…
juga terima kasih.


wa pun sama. tengah ngompol sisa2 semangat untuk bangkit kembali berblogging :D
. said…
hi macy salam kenal. saya budak ingusan baru belajar main blog. harap tunjuk ajar :p
aLya maNip said…
persahabatn makin indah kat sini..alya pun tak sangka persahabatan di alam maya mampu jadi sehebat nie dan sejujur sekarang..hehe

Thanx maCy 4 being one of my fren..sahabat dunia akhirat, InsyaALLAH :)

*syg maCy ketat-ketat*
faINa989 said…
mood bz...exam semakin dekat...=(
CIK TOM said…
macy..cik tom termasuk yg lama menghilan..update perlahan cam nenek tua..hehehe...

skang cuba utk maintain update sekurang2nya 2x seminggu..entah tercapai xtarget...hee ;)
salam Macy.

adakalanya persahabatan di alam Maya ini lebih bermakna dari persahabatan di alam nyata. Yg ptg kita berblogger utk meluaskan empayar persahabatan dan persaudaraan. sorry menghilang dua hari sbb masuk wad keracunan makanan
Unknown said…
yang.. tulisan keciknya.. hik3
intan.maisarah said…
malam ni jangan kunci pintu bilik

i nak bagi makanan best buat u

aww
Marhaenonymous said…
kamu orang yang punya indera minda yang cerdas..

rugi penulisan kamu terhenti atau di biarkan begitu saja..

kadangkala kita perlu pendamping untuk merasa sama beban di galas walau sekadar meminjamkan bahu atau menadah telinga.
catherine- said…
T__T

kamu tahu saya sayang kamu!

gud luck for ur exam.
im sorry if ever hurting u or ur fren.
Pacifist said…
salam dik.termasuklah abang...he he he
LadyBird said…
inilah kehidupan blogger kan..
ade yg dtg..ade yg pergi..
yp dtg x same dgn yg telah pergi.. rindu tetap bertandang walaupun tak pernah bersua muka.. :)..

walaupun tak mampu menolong di kala sahabat blogger mngs.. ttp doa tetap dipanjatkan supaya shbt tetap ceria dan menemui kebahagiaan nanti :D..
ghost said…
darab i juta untuk kamu maCy kerna memahami nilai sahabat dalam dunia penulisan..

tidak mungkin berhenti macam tuh saja kan.

Popular posts from this blog

Aktiviti Laluan Berhalangan

Aku, Kau & Mereka - 2010

Kasut Larrie Arch Support dan Kelebihannya