Friday, December 31, 2010

Aku, Kau & Mereka - 2010

Assalamualaikum.

Random. Blog Aku, Kau & Mereka ini tidak punya niche tersendiri. Berbicara tentang semua tidak kira perihal kehidupan, manusia, hati, dan semuanya. Wujud sejak 2008 lagi sekadar memenuhi syarat subjek yang diambil ketika itu. Mula aktif berblogging pada Feb 2010. Justeru maCy menjadikan Feb 2010 sebagai permulaan kelahiran blog ini.


Tema
Tidak punya tema tetap. Paling lama menggunakan tema Ladybird. Tema warna tetap hitam-merah-putih. Sebahagian header lama boleh dilihat di Sini.

Jumlah Entri
209 setakat ini.

Jumlah Folower
895 setakat ini.

Entri Pertama
Wahai Kamu - Cukup sekadar maCy katakan maCy meluahkan sedikit kekecewaan. Blogger yang memberi semangat ketika itu kebanyakannya tidak lagi aktif berblogging.

Entri dengan View Tertinggi
nasihat dari seorang abang
surat untuk seorang blogger

Entri dengan Backlink Terbanyak
karma - Beberapa sahabat blogger yang quote dan membuat entry tambahan bagi entri ini.

Entri Terbaik
karma
a story behind two large cokes
hati dan akal bicara cinta

Sumber Trafik
http://akudakmalaysia.blogspot.com/
http://www.ar-rifke.com/
http://bloglarian.blogspot.com/2010/12/rumah-blogno-139.html

Label
Personal
Blog
islamic city

Top Commentor
Asada Ryutaro
dakcomot
rossoneri
echah mashuri
adrinaqamarina

Nuffnang
Tidak pasti bila bermula, 8 bulan mungkin.
Pernah cashout RM50. Kini RM100 dalam acc.

Review ringkas mengenai 10 bulan perjalanan blog Aku, Kau & Mereka. Terima kasih atas segala sokongan rakan blogger. Akhir kata dari blogger picisan ini, segala kelemahan, kekurangan, kekasaran bahasa dan sebagainya maCy dahului dengan ucapan ampun dan maaf.

Bdw, maCy syukur maCy taip entri ni semalam. Sebab hari ni kepala berat tekak sakit. Kena hujan banyak~


p/s ii : terima kasih atas segala komen entry sebelum ini. Contentnya sudah didelete :)

Thursday, December 30, 2010

cinta@2010

Assalamualaikum.

Menjawab soalan seorang gadis blogger mengenai hint kisah duka maCy di alam maya ini.

"Sebenarnya penting untuk mendapatkan seseorang yang sangat memahami kita"
adrinaqamarina : Sini


Content entri ini hanya dipublish sehari sahaja.
Terima kasih atas segala pandangan, doa dan sokongan semua.
[edit]

Dengan ini. 2011. Diharapkan tamatlah kisah maCy dengan semua mereka. Entry ini bakal didelete nanti.


p/s : permintaan seorang sahaja yang mahu tahu, tapi disini juga maCy bercerita.

Wednesday, December 29, 2010

roti canai dan seorang jejaka


Assalamualaikum.

Kereta dimatikan. Beberapa orang jejaka sedang duduk-duduk tanpa kerja. Kemas, tapi melepak pula kerjanya. Salah seorang sedang berbaring di atas kereta. maCy melanglah keluar. Dia yang di atas kereta memandang, membuka cermin mata gelapnya dan berkata "Hai, maCy.". Cis maCy perasan dia tahu nama kamu ya. Hai kosong sambil mengenyit mata. maCy tunduk. Kaki segera melangkah meninggalkan jejaka berkereta sport putih itu.

Berlari anak mengejar abah dihadapan lalu terus memeluk erat lengannya. Biasa. Juga biasa dipandang pelik oleh para manusia. Abah maCy sukahati maCy la. Ingat maCy ni bini muda apa? Biarkan, biarkan mereka.
Berjalan terus menuju ke sebuah restoran. Duduk. "Roti canai 12", kata maCy. Mereka memandang serentak dengan riak terkejut. "Oh, bungkus. 2 makan", tambah maCy. Mereka kembali meneruskan tugas-tugas mengisi perut di pagi hari.

Duduk. Menghirup teh tarik yang terlebih manis. Tudung pink ditiup kipas angin. Sejuk. Sepasang mata jauh di ceruk sana memandang sambil meneguk kopi panasnya. Kekanan. Menyorok di hadapan abah. Lelaki itu kekanan juga. "Dasar gatal", getus hati. Tunduk. Dia memandang lagi. maCy memandang tepat dengan tajam. Setajam laser hijau yang menempek di wajah Markus kemarin. Dia pula tunduk. Ok tipu. maCy yang terus menunduk.
Lelaki itu bangun, memakai cermin mata gelapnya. Berjalan di sisi meja sambil berkata "Hai" perlahan. Mahu sahaja disadung kakinya saat itu dan dituangkan kuah dal ke mukanya. Benci.

Selesai makan. Kenyang. Kembali ke kereta. Jejaka tadi sudah tidak berbaring lagi. Sudah di dalam kereta. Hai hai berkali kali. Tidak malu betul. Mengacau anak dara orang di hadapan bapanya. Geram. Diam.

Saja mengomel. Rajin kamu semua baca. Mesti sangka ada cerita lain kan? Hik3.

Moral of the story, tak payah mengorat anak dara orang tengah-tengah jalan. Tak layanlah. ;p

Pergi dulu, jangan rindu-rindu ;D
***

Tambahan..Selamat berjaya skuad kebangsaan.
Nah spek mata buat bekalan menghadapi laser. haha
Gambar dari Sokernet : Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

p/s : Tension tak entry macam ni?

.


p/s : cz i hate you.

Tuesday, December 28, 2010

Arsenal 3-1 Chelsea

Assalamualaikum,

Pagi ini...

Abang Lon : Aduh, Arsenal kalah semalam.
maCy : Hah? Mane ade. Menang la.
Abang Lon : Yeke? Kawan abang Lon mesej kate kalah.
maCy : Tak la, menang..
Abang Lon : Berapa?
maCy : 3-1..
Abang Lon : Biar betul. Pegi check.

Lalu maCy pun layankan Abang Lon maCy, tengok highlight, tengok video kejap. Hooray! Tidak salah lagi. rasanya dah lama Arsenal tak menang dengan Chelsea. Terpujuk lah hati maCy dari kisah semalam. Tapi bila baca balik kelakar pula macam mana lah maCy boleh ter'emo. Haha

Back to the story, scorer pagi tadi ialah Alex Song, Cesc Fabregas and Theo Walcott. Song bagus betul sejak akhir-akhir ni. Apa pun sekarang Arsenal di tangga kedua di bawah Man Utd. Pagi tadi masih di tangga ketiga.

Akhir kata, majulah Arsenal untuk semua ;D


p/s : kenyang makan bubur lambuk. huhu

Monday, December 27, 2010

entry emo untuk blogger

Assalamualaikum.

Okay. Today i spend most of my time visiting all the blogs i followed. 400 something setakat yang maCy sempat tengok tadi. Just now maCy try my best nak visit all, i repeat all the blogs i followed. I repeat, ALL.

But just now my mood memang spoil sedikit kena marah dengan a blogger, saying that i just commented suka hati. She said i should read whole story first or atleast read partially. maCy malas nak approve komen tu sebab betul-betul spoil my mood.

I am so sorry maCy admit maCy buka tab banyak-banyak sangat. Terlalu banyak sebab nak cepat and almost buat lappy hang. But i did read all. I am so sorry if maCy tersalah komen but i really did read all. I am sorry if maCy tersalah komen but dont expect that your blog have stories that totally differ from the other blogs sampai tak tersalah langsung. Like just for today berapa banyak yang cerita pasal bola, berapa banyak yang cerita kisah hati yang lebih kurang sama. Berapa banyak yang cerita pasal ikhlas tak ikhlas.

maCy tahu your blog ramai visitor, your blog ramai follower, your blog ramai commentor but just behave. Tak perlu emo, the same thing happened to me several times, sometimes orang datang just tinggal jejak bukan baca entry but relax sudah. Bila terkena pada yang sebenarnya baca? Okay, another one, my fault is berebut sibuk nak habiskan jenguk semua blog especially yours tengah-tengah sibuk tunggu ikan masak kat dapur, tengah megak-megak baby berlari sana sini.

I tried my best to visit all to show my appreciation. Bukan nanti kata follow dan tak pernah singgah. And i admit maCy ada unfollow banyak blog sebab lama sangat tak update, private blog or dah delete blog. I wanted to give the best untuk blog yang maCy follow and untuk my loyal readers. For those who dont want to read its okay, ill give my best to those yang mahu sahaja.

Just, behave. We bloggers live in the same circles. Remember, for me bloggers are family. Bahasa baik, cara baik, bukan sahaja pada entri tapi juga pada komen. If anything you dissatisfied, tak salah untuk bertanya. We seldom visit each other so we dont really know each other and that is why i try to make the us better. Jangan judge macam tempek kertas kata "Awak salah, awak cam bagus". Wassalam.


p/s : saya moody sebab saya penat, saya moody sebab saya rasa nak beri yang terbaik.

Sunday, December 26, 2010

Tahniah Malaysia!

Assalamualaikum..


Tahniah Malaysia! maCy baru sahaja selesai duduk mengadap tv tengok bola dengan abang-abang. Tapi second gol maCy sorak sorang-sorang rasa tak yakin je sebab abang di dapur abang lagi sorang belum sampai.

3-0.
3 gol yang meledak malam ini hasil jaringan si kacak tampan Harimau Malaya menentang skuad Indonesia hari ini benar-benar menggegarkan tingkap-tingkap di rumah.

Apa pun Safee, Ashari dan Khairul Fahmi si golkeeper dan lain-lain amat kacak malam ini. Tapi rasanya maCy banyak usha Muslim lah. hee. maCy malas nak komen banyak. Biar rossenori yang bebel banyak tentang bola. Err, rina tengok ke bola sini? ;p

Tiba-tiba rasa nak football player sebagai bakal suami. hahahaha. Ok. Maaf, sangat happy ;D

Tahniah skuad bolasepak Malaysia.
Pergi dulu jangan rindu-rindu! ;)


p/s : alhamdulillah segalanya berjalan lancar hari ini. maaf lama tak update di rumah ada event sendiri :)

Friday, December 24, 2010

artikel disiarkan di iluvislam

Assalamualaikum,

Maaf semua kerana sudah beberapa hari menyepikan diri. Laptop maCy baru pulang dari klinik kesihatan. Ditambah pula dengan kesibukan di rumah. Semalam dapat maCy mengarang seperenggan, kakak maCy pula datang buat onar. Beliau ketuk-ketuk papan kekunci maCy ni menghasilkan perkataan tiada makna lalu maCy menggigit tangan beliau sepuas hati. Haha. Yelah, sudah lah kurang masa mahu menulis, sengaja pula diusiknya. Kemudian dicuba mengarang semula sudah lari idea lalu maCy terus off laptop. huhu

Pada 22hb Disember baru-baru ini artikel pertama maCy yang dihantar ke web iluvislam telah disiarkan. Mahu baca? Klik Sini

Sangat gembira! Sebenarnya karya tersebut pernah di post di teratak Aku, Kau & Mereka ini sebelum ini di Sini. Melihat penerimaan yang amat positif dari kalangan pembaca maCy, maCy cuba kongsikan pula di web iluvislam itu. Ini adalah percubaan pertama, karya kedua maCy menerima respon "Harap maaf, artikel anda tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki kami". Adeh. Haha



Apa pun, melihat kepada komen yang diberikan di FB, dan total 'like' dan 'share', maCy rasa semakin bersemangat untuk kembali menulis lagi. Diakui, semangat maCy untuk mengerah otak sedikit merudum sejak akhir-akhir ini sehinggakan blog maCy pun diabaikan juga. Cuma, artikel maCy bukan seperti artikel Iqbal Syarie, lebih kepada perkongsian ilmu akhirat yang lebih lagi bermanfaat :)

Anyway, thanks to Med cz he was the trigger. I admit that it is one of my favourite post because it is based on my own experiences and current situation. At that moment we were not really close anymore but now we're okay and not into fight, neither into any further relationship. Oh sorry, i decided to state his name because everything here is no longer a secret since he love to stalk my blog and FB until my blogger close friends recognize that he is the one i often mention in my entries. grrr ;p

maCy membebel terlalu banyak. Kesan lama tidak buat entry. Haha. See ya later. Jangan rindu-rindu ;)


p/s : semoga perjalanan kamu ke Langkawi selamat :)

Wednesday, December 22, 2010

Kisah Lina dan Jaja

Assalamualaikum,


Di suatu petang yang hening..
Lina : Jaja.. tengok rambut aku ni cantik kan..
Jaja senyum sahaja..
Lina : Jaja, kenapa kau pakai tudung. Tengok aku, semua puji kata rambut aku cantik, lurus. Dapat pulak pakai shampoo yang ada Macy Humaira yang tengah hot tu. Memang wangi lah. Tak kisah la even model shampoo tu bertudung pun, aku nak cerita pasal produk dia je. Rugi tau kau pakai tudung. Tak boleh buat style rambut itu ini. Style aku sekarang ni memang trend tau. Baik kau cuba.
Jaja : Tak apalah Jaja, aku selesa macam ni..
Lina : Tak cantiklah Cik Jaja oi, tak cantik. Taknak aku pakai, nanti orang kata aku hodoh. You should try Jaja. Aku sanggup sponsor kalau kau nak rebond ke ape.. Ok?
Jaja : Tak apalah Lina, biar tak cantik di mata manusia asal aku cantik di mata-Nya.

Cut!

Entry kali ini sebenarnya menyahut seruan tag cik Dya Adriza sempena Kempen : Mari Menutup Aurat. Kali ini maCy tidak mahu menulis panjang tetapi maCy mahu rakan-rakan blogger dan bukan blogger untuk sama-sama menafsir sendiri dialog di atas ini. Maka peringatan yang terselit dalam entry kali ini tidak hanya terhenti pada entry tetapi juga pada komen-komen anda.

Apakah pengajaran dari dialog di atas?
Apakah reaksi Lina?
Apakah yang sepatutnya Jaja lakukan?

Selamat berkongsi! ;D
~Err. tiada sambungan tag. Tapi jom menyampaikan ;D



p/s : perut kriuk-kriuk, snow white jadian ni semalam makan 2 keping roti sahaja~

Monday, December 20, 2010

an apple a day keeps the doctor away - TIPU

Assalamualaikum,

Biasa dengar quote di atas? Hari ini maCy secara rasmi mengatakan bahawa quote tu tipu.

Last night i vomitted for 9 times dari jam 9 malam sehingga jam 3 pagi. Lalu jam 3 pagi itu abah dan abang bawa maCy ke klinik.

Food poisoning, calon faktor utama ialah sebiji epal. huk huk.

maCy mahu rest. Malam ini baru rasa segar sedikit. maCy tidur sepanjang hari. Tapi tidur tak tidurlah sebab badan sakit-sakit. Terlalu banyak kali muntah. Doa maCy cepat sihat. Sebab sebenarnya maCy amat lapar. Tapi takut mahu makan. babai~

***

Jemput singgah blog schoolmate maCy yang baru berusia sehari. Warning, Mr.LineKlear ini mempunyai masalah kuat perasan hensem dan kuat merapu. Sekian ;D

p/s : tak tahu nak cakap apa~

Saturday, December 18, 2010

eh ade jugak follower macam ni?

Assalamualaikum,

Sebenarnya semalam maCy fikir nak hibernasikan teratak Aku, Kau & Mereka ini sekali lagi, tapi malam semalam tiba-tiba mimpi Robin Hood maCy kata "jangan!" terus sudah tak jadi. hehe

Back to the topic, follower ada macam-macam follower. Pertama, follower seperti di bawah ini :

rindu tak shoutbox maCy ni? ;p

Look at the 3rd shout, jadi apa maCy buat? maCy reply baik-baik kata yang maCy tak kisah sebab maCy lebih sukakan loyal reader dari follower.

Tapi tak apa, sebab bukan ini yang maCy nak cerita sebenarnya, sebaliknya yang ini :

aik, follower 864?

Siapa tak kenal Asada Ryutaro? maCy mula-mula recognize dia sebab dia ni suka bagi komen yang kelakar dan mempunyai hobi pelik iaitu perasan hensem. isk isk.

Sejak petang semalam lagi maCy tidak berpeluang online, tiba-tiba malam ini maCy online dan tengok si Asada ni baru follow maCy. Jadi apalagi maCy yang tengah moody malam ni pun merajuk-merajuk lah sebab ingatkan dia memang baru follow. Memang sengal la dah 10 bulan jadi blogger kamceng baru nak follow. huhu.

Rupa-rupanya tidak. Beliau ni saje je unfollow dan follow semula sebab nak tengok muka dia kat muka depan. adeh

Itulah jenis follower yang paling pelik pernah maCy jumpa setakat ini. haha ;p

Anyway, maCy sudah dapat rumah di Bloglarian. Jemputlah bertandang ke rumah kami di no. 139.

Itupun Asada Ryutaro juga yang inform mana rumah maCy. Ingatkan dia caring sangat, rupa-rupanya sebab maCy ni jiran dia. Biasalah busybody memang cepat saja dia tahu. haha ;p


maCy masih belum sempat berkenalan dengan 'housemate' maCy. Harapnya selepas ini kami boleh jadi 'housemate' yang kamceng dan berbahgia serumah ;D

Oklah. maCy pergi dulu jangan rindu-rindu ;D


p/s : Robin Hood tu adalah watak baru yang unknown ;p
p/s ii : merajuk lah cik Tom buat pasal review-review masa maCy tak ada, Asada lah ni tak buat 2 entry untuk maCy sekali! grrrr
p/s iii : isk banyaknya nama Asada, patut entry ni tajuk dia. 'Asada Ryutaro'. hahaha ;p

Thursday, December 16, 2010

Hari Ini Aku Menangis

Assalamualaikum

Ditenung wajah anak kecil itu. Lama. Senyum tawar dilirik. Cuba. Payah. Akhirnya gugur juga airmata~

Pagi ini maCy menangis. Kenapa? Sebab anak saudara maCy dah nak balik rumah dia. Haha. Rindu. Entahlah. Padahal minggu depan dia akan pulang lagi ke kampung dan bertemu mak su nya ini. Biasanya anak saudara maCy bila maCy berpeluang jumpa semua sudah besar, tapi si kecil ni lahir semasa maCy ada di rumah.

Menangis dia, ketawa dia, senyum dia, tidur dia. Semua maCy sudah rindu. Sangat manja. Selalu mahu didukung sahaja. Muhammad Siraj Rayyan. Nak tidur mak su boleh dodoikan. Nak main mak su sanggup layan. maCy nak mandikan dia mak tak izinkan lagi. Puas dipujuk tak diizin juga. Kecil lagi, baru 3 bulan katanya.


Budak kecil perasan besar


Baru lepas tukar pampers


Si hensem ni tengah ketawa pun boleh diam bila jumpa camera

Siraj, cepat balik kampung kita main-main lagi ya~



p/s : diam bukan merajuk~

Blogwalking di Bloglarian

Assalamualaikum,

Sedang maCy enak makan cikedis, tiba-tiba terbaca komen Asada Ryutaro si busy cari calon, "Asada tag maCy dekat bloglarian.". Tidak! Bukan tidak apa, rasanya benda ni baru yang agak lama tapi sejak awal kemunculannya maCy tak faham-faham apa fungsi dan caranya. Jadi siapa rasa yang tag maCy tu pandai tag pandai la ajar ye? hehe

Err, macam mana nak mula ni?


1. Letak banner ini di dalam satu entry (seperti saya buat ni-fuh sebijik dari entry Asada. hehe) dan link terus ke http://bloglarian.blogspot.com

2. Lengkapkan slogan "Saya suka berblogwalking kerana..." (tidak melebihi 30 patah perkataan).

"Saya suka berblogwalking kerana melalui blogwalking saya berpeluang bertemu dengan pelbagai perspektif pemikiran manusia yang pastinya berbeza disamping menambah koleksi rakan dalam album kehidupan saya." (25 patah perkataan)

3. Follow BlogLarian.

4. Tag 3 orang atau lebih rakan.

Dekat sini maCy mengumumkan, orang yang maCy tag adalah : zaizax, plumpytootsie, rossoneri, gadis bunga, cik Linn, adrinaqamarina, Catherine dan Poyaty :)

5. Sila beritahu rakan yang anda tag melalui komen.

6. Tinggalkan link post anda di entry saudara Padel bersama NAMA BLOG ANDA. [ sini ]

7. Peserta akan disenaraikan di dalam BlogLarian mengikut turutan.

8. Tiada tarikh tutup buat masa sekarang. jangan lambat-lambat, nanti tak sempat. :)

Terima kasih buat saudara Asada Ryutaro kerana meng'tag maCy. Diharapkan beliau cepat lah kahwin orang semenanjung kalau tak beliau kena sponsor tiket flight beserta penginapan di Sarawak sana buat maCy.

Jangan berkecil hati maCy tag awek-awek sahaja tidak bermakna maCy tidak memandang para jejaka. ~Pengaruh Asada la ni.. grr

Baik, pergi dulu jangan rindu-rindu :D


p/s : how dare you not answering my call. urgent tau tak!

Wednesday, December 15, 2010

askar-askar bermain

Assalamualaikum,

Maaf tiada update seharian. Sangat tiada masa mahu mengarang kata. Jadi maCy kongsikan gambar kenangan cuti menjaga askar sahaja ya? ~pengsan habis semua gambar kalau tiap kali tak sempat buat entry je upload gambar. huhu

Acu, da abis.. ~deena buat muka kesian minta gula-gula

si comel pantang jumpa camera

si hensem pun lebih kurang sama. huhuPetang ni mereka tak main lari-lari

Selepas maghrib

Sekian. Harap esok lusa dapat berkongsi cerita lagi. Pergi dulu jangan rindu-rindu ;)


p/s : tawar dan semakin tawar..

Tuesday, December 14, 2010

pengalaman di wad

Assalamualaikum,

Perkongsian kali ini merupakan sorotan idea dari entry Iqbal Syarie mengenai pengalamannya dimasukkan ke dalam wad akibat denggi baru-baru ini. Perkongsian maCy tidak lah sehebat perkongsian beliau. Cuma, maCy mahu berkongsi sedikit pengalaman maCy semasa dimasukkan ke wad pada bulan Jun 2008 dan 2009.


Pada tahun 2008 maCy dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang tumor di telapak tangan manakala pada tahun 2009 maCy dikejarkan ke wad akibat appendix. Naik ambulan nenoneno itu juga satu pengalaman. huhu

Apa pun, selama 2 kali maCy dimasukkan ke hospital itu, dilihat senario sama yang berlaku. Si sakit mahupun si kurang sakit jarang sekali melakukan solat 5 waktu.


Solat itu tiang agama, tiada tiang maka runtuhlah agama.

Diakui, untuk pembedahan pertama pada 2008, sepanjang hari setelah keluar dari bilik pembedahan, maCy tidak mendirikan solat. maCy mabuk sungguh-sungguh dengan bius yang diberikan. Rasa puluhan bintang terbang di depan mata. Pembedahan minor tetapi sepanjang malam juga maCy merengek bagai anak kecil. Tapi saat itu maCy benar-benar rasa tidak mampu, bukan sengaja. Setelah itu barulah maCy qada' yang mana tertinggal.

2009. Sakit, tetapi solat tetap solat. Dengan tangan yang dicucuk jarum, kakak membantu maCy untuk mengambil wuduk. Islam itu mudah. Apa yang tidak mampu, Dia ringankan. Teringat kakak bercerita, saat maCy solat sambil duduk diatas katil, seorang anak kecil bertanya, "kakak tu buat apa?", "solat? kenapa dia duduk?". Soalan-soalan itu dijawab satu persatu.

Dipendekkan di sini, sihat atau sakit solat itu tetap wajib. Darurat? Yang susah boleh dipermudahkan, jadi apa lagi alasan? Jika diingat, maCy sendiri rasa kelakar, biasanya jika solat duduk kita duduk seperti duduk diantara dua sujud atau duduk tahiyat, tetapi maCy duduk bersila. haha. Tapi kerana itu sahaja yang maCy mampu, dirasa mahu tumbang jika duduk secara lain, maka maCy teruskan sahaja.

maCy juga masih belum sempurna, solat maCy entah diterima entah tidak. Tapi itu urusan Dia. Akhir kata, jom solat! :)

Mengapa solat dianggap sebagai tiang? Sedangkan kalimah syahadah merupakan rukun Islam yang pertama? Perihal ini akan dikongsikan pada masa akan datang insyaAllah.



p/s : med, jangan lupa solat ya~

Monday, December 13, 2010

lagi mengenai Cikgu Shida

Assalamualaikum.

maCy tertarik dengan entry Linda Bulan di Sini. Mengenai Cikgu Shida. Ya, siapa yang tidak kenal Cikgu Shida? Seorang guru yang dengan beraninya ... bla bla bla. Semua tahu maCy tidak perlu huraikan lagi. Kisah ini barangkali dirasa sudah lapuk, tetapi percayalah di wall beliau kata maki menjengah tanpa henti.


maCy tahu entry ini barangkali mencetuskan kontroversi. Tetapi cuba lapangkan dada dan terima pendapat dengan hati yang tenang tanpa prasangka.

Beliau merupakan seorang guru. maCy merupakan bakal guru yang akan berkhidmat dalam tempoh masa 3 tahun lagi. Justeru maCy mempunyai sebab yang munasabah untuk tidak bersetuju dengan tindakan beliau. Kerana satu individu yang membawa lumpur, pastinya semua yang termasuk dalam kumpulan itu akan tercalit sama.

Namun, sejak awal lagi maCy tidak pernah pula mahu membuat satu entry khas untuk mengutuk beliau. Dan secara jujurnya, berapa banyak pun video yang telah video upload untuk tatapan umum, tidak pernah satu yang maCy pernah tonton dengan mata kepala maCy sendiri.

Mengapa? Kerana sejak awal mendengar cerita maCy sudah sedikit timbul dalam hati, "Kenapa buat macam tu? Malunya, guru sepatutnya menjadi contoh, bukan begitu.". Dan beberapa lagi perkara bermain di fikiran. Apatah lagi sekiranya maCy menontonnya, sengaja membakar rasa marah dalam diri sendiri. maCy tidak mahu. Lihat sahaja di luar sana, yang bukan guru pun punya rasa tidak suka, apatah lagi mereka yang berada dalam kumpulan itu? Tapi dengan mencaci dan melemparkan kata-kata kesat, apa yang kita dapat? Hati puas? Semakin sakit hati ada rasanya. Menghentikan tindakan beliau? Rasanya cara itu tidak ada faedahnya.

Mahu memberi pendapat tidak ada salahnya. Cuma gunalah cara yang hikmah. Mengeji dan mencaci sekadar menambah dosa sendiri. Bermula dari hati yang sudah membenci, dituruti pula dengan lidah yang berkata sesedap rasa menambah dosa.

maCy juga merupakan individu yang tidak lari dari kesilapan, masih lagi mencari sinar, masih lagi punya juta-juta keburukan. Tapi sekiranya ditegur dengan cara yang tidak hikmah, adakalanya hati yang tidak kuat ini memberontak mahu mengulangi kesilapan.

Tidak puas hati? Bertemu sendiri, luahkan segala rasa yang membenak dalam jiwa. Cuma satu, tegurlah secara hikmah.


p/s : apapun, tekanan bukan alasan untuk memulakan satu tindakan yang boleh dianggap kurang cerdik.

Sunday, December 12, 2010

luka suka

Assalamualaikum,

Saat itu aku memandang ke langit biru. Sekadar memandang tanpa emosi. Ya, aku tipu. Sebenarnya ada cecair jernih yang mengalir di hujung mata. Perbualan di telefon yang mulanya ceria mula dituruti dengan suara yang tersekat-sekat. Air mata segera diseka. Aku kembali mengumpul tenaga seraya berkata, "korang nak layan plot cerpen ke cerita maCy?". keh3

kalaulah hati bisa dijahit dan dirawat begini

Salam satu blogger! Apa khabar? Lama sudah maCy tidak bertanya khabar atau bermukadimah sebelum memulakan cerita. Bla bla bla bla. Ok itu mukadimah. Done.

Mood agak ceria. Walhal banyak lagi yang bermain di minda juga hati. Tapi proses untuk reheal dan restart tetap diteruskan. Hidup mesti terus, kerana alang sedang menanti di hadapan. Eh salah. Alang itu adalah jejaka yang tidak memandang maCy selaku sebagai seorang gadis mungkin. Jadi maCy mahu menggunakan 'arjuna'. haha. Tengok, merepek lagi. Bila maCy merepek bermakna? Something is bothering me.

maCy tidak punya masa untuk berfikir lama bagi membentuk sebaris kata yang indah untuk ditatap. Cuma satu, "kadangkala bahagia itu membuat kita leka dari mengingatiNya, jadi bersyukurlah andai terluka kerana luka itu bagai air yang disimbah ke wajah bagi mengejutkan kita dari indah dunia yang tiada kekalnya~"



p/s : sakit luka akan hilang tapi parutnya mungkinkah hilang tanpa bio oil? lol~

Saturday, December 11, 2010

kalau sakit sila check dengan segera

Assalamualaikum,


Semalam maCy dan dua orang sahabat blogger iaitu Cik Linn dan Asada Ryutaro ada lah berbincang sedikit mengenai blogger yakni juga dikenali sebagai penulis, Iqbal Syarie yang sudah beberapa hari tidak online, empat hari rasanya. Sudah tentulah risau, kerana sebelum itu beliau ada menyatakan bahawa beliau demam sedikit tapi degil tak mahu ke klinik.

Rupa-rupanya setelah hujan petir mencari jalan untuk menghubungi beliau (hiperbola je ni) maka diketahuilah memang benar beliau masih kurang sihat. Tu lah. Degil. isk isk. Tapi itu kisah semalam, hari ini beliau semakin baik nampaknya :)

Maka di kesempatan ini maCy mahu menyeru kepada semua yang rasa ada demam-demam sakit-sakit itu segeralah ke klinik. Almaklum sekarang ada banyak kes denggi terutamanya. Usah ambil ringan ya. Sayangi diri, keluarga dan sahabat anda ;D

Kepada saudara Iqbal Syarie dan si sakit batuk selsema di luar sana, moga sembuh sepenuhnya segera. :)

Sekian, pesanan khidmat masyarakat dari Kementerian Kesihatan Wilayah maCy.


p/s : baru pulang dari Terengganu~

Friday, December 10, 2010

ads dan widget widgeo

Assalamualaikum,

maCy yakin mesti ramai blogger yang experience masalah yang sama iaitu tidak suka apabila keluarnya pop-up ads semasa sesi blogwalking.

Ads itu sebenarnya keluar apabila kita melawati blog yang menggunakan widget widgeo. Jadi di sini maCy menyarankana agar para blogger menukar widget yang mereka gunakan seperti online counter kepada widget lain selain dari widgeo.


Tambahan pula, mengikut pengalaman awal maCy, widget tersebut kurang mampu untuk membuat kiraan secara tepat. Anda akan mendapati count pada widget tersebut biasanya adalah jauh lebih rendah berbanding count di nuffnang yang sememangnya lebih tepat.

Jangan bimbang sekiranya anda sayangkan kiraan pada widget sedia ada anda kerana kebanyakan widget yang ada biasanya membolehkan blogger memilih starting point sendiri.

Happy birthday dear Poyaty :)


p/s : hari ini tak sehat~

renew semua

Assalamualaikum,

maCy berhasrat untuk :

1. Tukar no lagi
Rimas. Contoh, 3 days ago maCy ter'answer someone's call. Okay dah 2 tahun kot maCy tak reply mesej and tak jawab call, but that day tak sengaja terjawab maCy tukar phone jadi tak ada no dia. And it is really annoying seriously. Act maCy sudah tukar no baru tapi manakan sama dengan upax yang murah. 2 minggu guna xpax maCy sudah rasa senak poket.

2. Buat FB baru
Act maCy mahu lari dari orang. Lari sampai tak dapat dikesan. Tapi sampai bila mahu berlari. Lari-lari nanti maCy makin kurus macam mana? Ye tak? hee

bila teringat mahu tergelak pun ada. tapi time mula-mula stress juga~

3. Buat blog baru
Act this one pun maCy pernah buat. Close blogger tahu la rasanya. Since i don't feel really comfortable to share some personal stuff sebab orang yang dimaksudkan walaupun jarang sekali sekala terjenguk juga blog maCy ni.

kantoi. padan muka maCy~

4. Buang shoutbox
Rasanya sudah tidak mampu untuk membalas semua jejak blogger yang sekadar meninggalkan cap jari. Sudah terlalu banyak komitmen lain. Jadi maCy sekadar mengunjungi dan menjadi reader setia kepada mereka yang meninggalkan komen di commentbox maCy sahaja. Plus, maCy tidak suka spam.


Jadi, apa kata anda? Wajar tak maCy buat satu atau semua?


p/s : alfatihah buat blogger ranoorsyam yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lepas. kurang kenal, tapi mari doakan kesejahteraan arwah di sana~

Thursday, December 9, 2010

ucapan ala-ala malam gala

Assalamualaikum,


Mahu update. Tapi kepala masih belum mampu menjana idea yang bernas lagi bijaksana.

Aliaa, maCy sorry date ym kita not happening, you can see my mood last night macam mana. Cik Linn yang blur-blur. Juga lain-lain yang tahu tapi buat tidak nampak sahaja. Asada Ryutaro, terima kasih kerana jaga tepi kain batik maCy. Abang Afiq yang tahu cerita sipi-sipi almaklum sejarah salasilah yang dekat sahaja. Peja yang ambil berat, terkena tempias dek lagu yang maCy sharing di entry bawah ini. Terima kasih. Layanlah maCy buat ucapan ala-ala malam gala hari ni. Layan je la ye.

Kepada yang kena ignore semalam, maCy minta maaf. Hari ni maCy buat supersaver versi celcom maCy bayar gantirugi call sorang-sorang. Tapi maCy tak janji. erk.

Kepada blogspot team, maCy perlukan method baru untuk elak blog dari di-stalk. Kerana rambut walau merah, yang hitam itu juga perlu untuk dihantar masuk ke liang lahad dengan selamat. ~Ape ni?

Sebenarnya tidak larat mahu bergaduh 'manja' fi FB dan hp begitu lagi kerana maCy mungkin seperti harimau di luar tetapi sebenarnya ayu bak hamster. erk lagi.

maCy dah merepek. maCy tak mahu merapik. Hidup kena terus sebab ice cream mcFlurry adalah idaman setiap insan penggemar mcD. Sekian.


p/s : Kepada hero mini movie semalam, anything, you can always count on me. We're still friends. And, maCy tak pulang lagi buku your sister. =="

Wednesday, December 8, 2010

Marit Larsen-Only a Fool

Assalamualaikum,

Let's listen to this song. maCy jarang share lagu di blog. Therefore, once I share it, it must be really cool ;p

This song is actually related la juga dengan my current situation. Credit to Peja yang introduce lagu ni pada maCy, last 2 month kot~

video

"Only A Fool"

So you say I need to consider this
Yours were the face that I couldn't resist
Yours was the fuel to the flames in my heart
Mine were the words that would tear us apart

Well I say I found the letters you wrote
Mine was the smile and the life that you broke
Mine was the story that you told your friends
Yours were the demons you couldn't defend

Understand me, as of lately I've learned a thing or two
There is just no way that I'll be coming home to you

[Chorus]
'Cause only a fool would do this again
Only a fool would let you back in
There is no you left to embrace
There is no word would make it feel safe
Love was a gift, stubborn and wild
I was armed with the faith of a child
And you were my joy, you were my friend
There is no going back there again

[Chorus 2]
It's more than you can ask of me my love
I'm coming out of nowhere
It feels good here better than you know
Isn't it only fair that you try and let it go?

Yours was the ring that I started to wear
Yours were the vows that went up in the air
Yours was the choice to stay away from her
Mine was the dream that got lost in the stir

These were the times I would call you my own
These were the times I were waiting at home

I'll tell you something, I've been changing after what you put me through
There is just no way that I'll be coming home to you

[Chorus]

'Cause only a fool would do this again
Only a fool would let you back in
There is no you left to embrace
There is no word would make it feel safe

[Chorus 2]

Let it go
Let it go
I said "only a fool"
"Only a fool"

Yesterday he said he wanted me back, but the next day he had the other girl as his new gf. Cool. I've been changing after what you put me through, there is just no way that i'll be coming home to you~

I just.. really want to forgive and forget~


p/s : lately im kinda busy, but after this ill be double busy~

Tuesday, December 7, 2010

dear 2011

Assalamualaikum,

company maCy pun harapnya makin maju ye. hehe

Dear coming 2011,
Please be nice. I gonna turn 21 very early of the year. I am small but im one of the elder among 1990's. isk isk.

As the past years, i dont have any specific wishes for new year. Just hope for a better tomorrow~

Happy new year in Hijrah and happy coming 2011~

***



Thanks for both the awards Alya. I love you so much! :)
[edit]

p/s : most of my family members was born on january too. tapi amat busy tak sempat nak buat entry besday dah. huhu

Monday, December 6, 2010

milo panas

Assalamualaikum.

Kesejukan hujan renyai diluar memeluk tubuh. Tapi pastinya tidak mampu menjangkau sejuknya di UK sana. Saat mereka barangkali berhadapan situasi suhu paling sejuk dalam tempoh masa 45 tahun seperti beberapa hari yang lepas.

Milo panas dihirup perlahan. Cukup untuk membekalkan haba sementara, juga cukup untuk membolehkan mitokondria bekerja menghasilkan tenaga untuk bekalan esok hari.

Teringat kisah petang tadi. Saat itu, langit kian gelap. Segelap semangat yang mengendur sejak semalam. Parang ditangan tetap digenggam. Bukan. Bukan untuk mencederakan. Cuma untuk dihayun saat semak samun menghalang perjalanan.

Abah bercekak pinggang sebentar melepaskan lelah. Abah baru sudah merebahkan pohon besar yang bertindak ibarat parasit mengganggu tanaman. Segera kuhampiri abah dan kuletakkan kepala dibahunya. Lemah. "Dah penat? Nak balik?", tanya abah.

"Tak abah, cuma penat mencari semangat.", jawabku di dalam hati.

"Macam ni la. Bukan senang nak cari rezeki..", tambah abah sambil tangan tidak berhenti mengerakkan otot bicep dan tricepnya.

Perjalanan diteruskan.
Kebun kecil yang sudah ditinggalkan selama 3 tahun itu benar-benar menanti untuk kembali dijaga rapi. Kebun itu kecil tetapi cukup membuat gadis yang berusia 20 tahun ini acapkali tersadai keletihan setiap kali usai mengerah secebis tenaga perempuan yang ada.

Gelap petang semakin menguji dengan kehadiran hujan yang laju menghempas bumi. Basah lencun usah dikata. Tetapi itu tidak diendahkan semua. Tiba-tiba telefon abah berdering. Ringtone biasa. Entah siapa aku tidak tahu. Apa yang dibualkan juga aku tidak peduli. Cuma satu baris kata yang terucap olehnya yang membuatkan aku terhenti dari membuka langkah seterusnya.

"Kat kebun dengan anak bongsu ni. Macam nilah nak dapat duit..", kata abah. Meskipun perbualan lelaki berusia 64 tahun itu berselang seli dengan gelak ketawa, baris kata yang tidak dirancang itu cukup untuk membuat aku terduduk. Mengenang jasa abah, meratap mencari apa jasa diri buat mereka yang bersusah-payah mendewasakan puteri bongsu ini.

Air hujan terus membasahi baju hitam kotor bersalut lumpur. Air hujan terus menutup tangis seorang anak.


p/s : sensitif juga ada perlunya.

Sunday, December 5, 2010

30 minutes at ... .

Assalamualaikum..

Takmo tulis-tulis. Ini cerita lewat petang tadi. My 30 minutes at.... ~

maksu and damia maisara :)

purple is nice ;D

green and cream?
but i do love red. huhu

or sweet pink

Adoi. Semua sangat nice! :)

Ni kedai barangan hantaran lah. Ape kes kate taman bunga. Apa la korang ni. Haha


p/s : telefon berbunyi kring kring kring. huhu

Saturday, December 4, 2010

malam pertama

Assalamualaikum..

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal soleh di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi.

menarik~ jadi maCy kongsikan untuk peringatan bersama. credit to unknown person~

err.. korang fikir malam pertama yang mana? ;)


p/s : harini sangat penat di dapur. tapi seronok buat kerja ramai-ramai :)

p/s ii : baru disuruh mencuba persalinan bertunang kakak. huhu