Posts

Showing posts from November, 2010

seruan mereka..maCy ooo maCy

Image
Assalamualaikum, Salam 1 blogger. Lihat sahaja gambar di atas. 'updated 1 week ago'. haha. Selama seminggu tersebut, maCy memang langsung tidak update dan tidak blogwalk langsung. maCy sebenarnya mahu berehat lama sungguh-sungguh dari alam blog. 3 minggu ke, sebulan ke, setahun ke. Tapi tadi maCy tiba-tiba rasa mahu buka blog, dan inilah yang sempat maCy temui : sergahan dari tia sayang panggilan dari alya manja sindiran pedas-pedas kerepek nenek moden comel tinggalan jejak angahsayang manis Akhirnya setelah dikomen oleh sis angahsayang, maCy pun buat lah mini update ni. hee. Maaf semua! maCy ada baca latest update kamu yang meninggalkan komen, almaklum komen tu footprint kekal, sempatlah maCy usha mana sempat. Terima kasih kerana masih mengunjungi teratak Aku, Kau & Mereka ini walaupun tuannya tak ada. isk isk harap ampun. InsyaAllah ada masa maCy update dan jenguk-jenguk semua ya. Jaga diri buat semua blogger dan alang juga ;) p/s : Bila dah mula rehat, rasa mahu re

ku pergi

Image
Assalamualaikum, maCy rasa nak berehat dari alam blog. Sempena cuti. Sempena taman astakona di hati maCy terusik terpilu eh eh taklah maCy sibuk di rumah. Tapi sebenarnya memang terasa seperti ada sesuatu yang hilang. Penyebab rasa kehilangan? Siapa makan mcFlurry dialah terasa sedapnya. hoho Dia hapdate nanti maCy hapdate ye. Dia tak hapdate maCy pun nak buat busy juga. Alasan je tu. Haha. maCy busy lah budak-budak ni maksu sana maksu sini. "maksu-maksu paksu mana?" , hah tang tu payah sekali nak jawab. isk isk. Alvin, Peja, elmo, eiffel, aki, kamen, wena, zai, dakcomot, iqbal, adah, padin, etc. etc. etc. maCy kt fb hidup lagi. terus-terusan menceriakan hari-hari maCy ye. mekaseh. Selamat ulangtahun kelahiran buat abang Hami Asraff yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada 16 November 2010 baru-baru ini. [Edit] p/s : bw tetap dijalankan insyaAllah. cuma malas update je. spare entry dah habis maCy guna masa musim exam aritu~

gelak sorang-sorang

Image
Assalamualaikum, Ha, tengok sahaja tajuk. Pernah tak siapa-siapa di sini ditangkap basah kerana gelak sorang-sorang? Mesti pernah kan? Banyak sebab yang boleh buat kita gelak sorang-sorang ni. Tengok cerita. Sedih sangat sampai rasa nak ketawa, Oh, faktor mengigau pun boleh terima juga. hehe maCy selalu kantoi dengan roommate dulu. Terutamanya bila menonton drama Jepun yang memang kadang-kadang buat senyum angau sorang-sorang pun ada. Kadang-kadang masa baca blog pun boleh gelak sorang-sorang juga. Tu entry, belum baca komen sengal yang entah apa-apa lagi. Cuba lah cari blog-blog yang kelakar, memang release tension membacanya. Yamapi suspek terbesar penyebab senyum sorang-sorang ;p Sebenarnya entry ini dibuat setelah anak saudara maC tegur dalam kereta, "eh maksu ni, baca mesej pun gelak.". Kurang hasam punya budak! huhu Oh ya, harap maaf sangat cuti ni pasti kurang update. Almaklum dirumah. Ramai askar. Lagipun, mahu menikmati saat-saat terakhir bergelar gadis 20 tahun, a

si hengau yang heheme

Image
Assalamualaikum, Hambing hiri-hiri yang hamat homel Hari ni haye heseme lah. Bile heseme haye hengau. Hengau hiket je. Takpelah. Kejap je ni nanti hedap baliklah suare haye ni. huhu Hachum! Howi howi. Hade tihu tak? ~Mekaseh.. sambil menyambut tisu yang dihulurkan. Oh ye. Name haye maCy. Humo haye 20 hahun. Haye huke makang nasi. Haye huke balik umah sebab kat umah haye holeh makang macam-macam. Hari ni haye masak laksa pahang. Hedap. Hedap hangat. Halau tak hedap takde habes la laksa pahang haye buat. Oh ye, haye buat tapi mak guide. Yelah. Haye ni beginner je. Practise hiket hame la hengan chef wan nanti. Hesok haye hase nak huat kek. Tapi haye tak beli bahan hagi. Tak kek pon huat puding lah. Oh oh. Haye memang huke makang lah. Walopon begitu, haye tetap maintain slim behini. Sape nak makang puding, holehlah hatang humah haye, tapi bawak puding sendiri ye. Hokelah. Haye penat lah. Srooott! Hoke hoke. Helamat malam. p/s : ape jadah sengau sampai dalam blog ni? huhu . oh dah malam. po

kemarau kisah lampau

Image
Assalamualaikum. Tiktoktiktok. Setahun berlalu. Saat kubuka emelnya, saat kutemui dua keping gambar mencetus sengketa antara aku dan dia. Perempuan. Kita sama asal dari rusuk kiri yang hilang. Kita sama punya hati yang rasa mahu disayang. Aku yakin kau tidak gemar dirampas bahagia, jadi mengapa merampas bahagia yang lain? Ah, lelaki. Memang hebat menabur janji. Di depan usah semut api jangan dipijak. Di belakang pantang melihat bibir cantik dicalit merah. Padamkan kenangan. Aku bisa memaafkan, tapi tidak bisa melupakan. Padamkan kenangan, yang membuatkan aku hilang percaya kepada semua mereka. Padamkan kenangan.. Kerana ada yang menanti di hadapan, tetapi bila kututup mata, angin menderu menyeru sambil berkata, "usah percaya.. kata lelaki semua dusta.." . nenoneno.. entry ni dah berzaman check2 draft banyak juga entry yang tidak dipost sekarang hati sudah tenang bila hati duka lebih banyak idea untuk berkarya lebih banyak patah kata seakan menanti untuk diluah

Gengblogger sudah beroperasi semula!

Image
Assalamualaikum, Salam aidiladha! Semoga mereka yang sedang menjalani ibadah haji dapat beribadah dengan tenang di sana. Dan semoga kita juga dapat menghayati apa disebalik ibadah korban ya. Amin. Back to the story, maCy baru sahaja dapat tahu, Gengblogger sudah beroperasi semula seperti biasa. Sebelum ini setahu maCy Gengblogger telah dijangkiti malware tahap ke-tujuh. Agak lama juga tidak beroperasi kan. Err.. Atau semua sudah tahu? haha. Ampun ampun biasalah naik train lambat sikit. huhu Gengblogger Jadi apa lagi? Jom ping ramai-ramai ;D Harap maaf jika tidak berkesempatan untuk blogwalk seperti biasa, sedang menikmati cuti di rumah. Askar-askar maCy ramai lah tak sempat mahu mengadap laptop selalu. Tapi maCy akan tetap cuba untuk cuba blogwalk agar tidak terlepas entry-entry kamu semua yang menarik itu! Pergi dulu. Jangan rindu-rindu. :) p/s : saat ini Alvin and the gang sedang berkumpul bersama. Amat jeles ok~

kenangan lagu kanak-kanak

Assalamualaikum semua! Jam menunjukkan 3 pagi. maCy sudah pun berada di rumah! Dan tujuannya disini sebenarnya untuk membersihkan desktop yang amat bersepah sempena musim peperiksaan. huhu Hari ini maCy dan kakak mengimbau kenangan alam sekolah rendah. Entah macam mana di dalam kereta tadi maCy boleh menyanyi lagu kanak-kanak lalu berderet-deret lah lagu kanak-kanak yang kami nyanyikan bersama. Nostalgia sungguh. Di bawah ialah video lagu "Bangau oh Bangau". Bangau oh bangau Kenapa engkau kughuss? ;p Banyak lagi lagu kanak-kanak jika dikenang kembali. Ais kacang? ais kacang, ais ais kacang bila cuaca panas dan rasa dahaga singgah sebentar ais kacang diminta susu dan jagung kacang dan lengkong air gula berwarna campur semua sedap rasanya kegemaran kita semua Bapaku pulang? bapaku pulang dari kota bapaku belikan kereta kereta kecil warna merah bolehku bawa ke sekolah pon pon pon pon pon pon pon pon pon kereta kecilku berbunyi marilah adik mari naik bolehku bawa jumpa nenek Ola

salah hantar mesej

Image
Assalamualaikum, Hari ini sedikit memalukan. maCy adalah insan yang selalu tersalah hantar mesej kat orang. Hp lama selalu hang, tekan3 tup tup hantar. ah sudah. skrin rosak, jadi selalu tersalah baca nama. contoh : med, terhantar pada mie. lepas tu bergaduh. harap maklum. Hp sekarang (bukan hp baru, hp abang ipar) Bila hantar mesej, tak ada show nombor, automatically reply, kadang-kadang tak sedar tu path reply, bukan path new message. touch pad dia bengong, kadang-kadang gerak sendiri. tup2 terhantar orang salah lagi. tak ada sent item pula tu. memang tak sedar salah hantar. Tapi tadi, tersalah hantar sebab, orang lain mesej, tanya perut sakit lagi tak. Siap maCy cakap dia sweet, sebab maCy tak beritahu pun maCy sakit, dia tahu sebab tengok dekat blog, sweet la juga kan, update. Tapi, kepala fikir orang lain, terus terhantar pada orang yang ada dalam kepala. Sekian. Harap malu. ==" p/s : untuk masa ni, kalau salah hantar kat orang lain tak apa.... and, esok last paper. doakan

blog oh blog. lama tak rasa macam ni

Image
Assalamualaikum, Lama dah tak rasa macam ni. Rasa macam mana? Tengok gambar di bawah ni. Nampak tak apa yang maCy nampak? If nampak pun mesti tak faham apa kan? huhu Ni ha... 10 online! Sikit tapi syukur lah. Lama dah tak merasa ramai online sekali. Just happy. Rasa happy bila orang suka entry kita. Lagi happy bila entry tu dapat widen others knowledge. Memang naik semangat mahu buat entry bagus-bagus macam dulu.. err.. tak adalah bagus, tapi tak adalah merapu macam sekarang ni. huhu.. Sebenarnya.. Bukan happy sebab apa pun.. Sebab selalunya macam ni.. 1 online.. Selalu juga 0 online. Tak sempat nak capture saja. huhu Baik. Back to kerja semula. At this moment, tengah mesej Zaizax tersayang. Rindu la awek sorang ni.. jaA~ p/s : mood swing swing swing~

Personaliti Darah

Image
Assalamualaikum semua! Hari ini maCy nak berkongsi mengenai personaliti darah. Bermula dari maCy yang merenung nasib yang tak layak menderma ni, jadi maCy terfikir mahu mengenali diri melalui jenis darah. Jadi di sini telah maCy kumpul dan edit semula, agar memudahkan pemahaman. Sumber? Beberapa blog di alam maya seperti SINI dan SINI . Ee, takut jarum! 1) Jenis Darah A golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu setia dengan kawan dan rakan sekerja boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka sukar dipuaskan dan serius dalam hidup Peribadi Asas: Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan. Kadar Toleransi: Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan m

cerdiknya dah bungkus semua tu!

Image
Assalamualaikum, Hari ini adalah hari yang amat memenatkan. Dengan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan, maCy dan beberapa yang lain beserta semualah bertungkus lumus memindahkan semua barang-barang ke kolej kediaman baru. Banyak dan berat. Gambar hiasan Sudahlah tak sihat, penat, tenaga 100% kaum hawa (kalau ada kaum adam pun tak tentu dibantu lagi), hujan, dapat pula belum breakfast. Memang semacam. Dan memang sebenarnya perempuan tak boleh angkat barang yang berat kan? Bahaya untuk rahim. Tapi serius, pagi itu betul-betul terasa amat sakit di bahagian bawah perut. uhh Apa yang cerdik, maCy telah mengemas semua barang yang tidak mahu dibawa pulang termasuklah barang-barang yang amat penting! Tapi demi tak mahu bawa balik dan mahu terus hantar ke kolej kediaman baru, maCy buat juga. huk3 Bantal! Ada satu sahaja yang tinggal itupun bantal yang disediakan yang tetap keras walau dihempap ahli sumo sekalipun. adeh Selimut! Disebabkan selimut besar, maCy sanggup bungkus-bungkus ju

25 randoms tak and suka about me

Assalamualaikum.. Mesti ramai yang sudah buat tag ni kan? maCy sahaja yang malas tapi sudah kena tag 3 4 orang tiba-tiba rasa bersalah tak buat. Tapi maCy dah ubah tajuk dia. haha. sis Ladybird , gadis bunga dan elmo gemok maaf ya lambat buat tag kamu semua ;D "once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 5 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you." Lets go! Tak 21 tahun tapi 20. Tak suka pink sangat. Tak minat heels sangat. Err, tapi tengah cari wedges dah setahun tak beli juga kedekut mungkin. haha Tak suka bunga kecuali ros merah. Tak suka I-city. maCy rasa tak cantik pun. Tak minat shawls. Tak minat dan tak pandai make up. Tak banyak bercakap sangat kecuali dengan certain person. Tak mudah lupa orang yang disayang. Three years tu cukup lama kot. Tapi dah sampai end ;D Tak susah memahami tak senang difahami. Tak

cantik itu ujian

Image
Assalamualaikum.. Entry lepas, maCy ada berkongsi mengenai cinta dan rupa. Dan kali ini maCy ingin berkongsi mengenai rupa cantik sebagai ujian. Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif. Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang. Cahaya iman mungkin? Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu? Cantik sebagai anugerah Meningkatkan rasa syukur Keyakinan diri tinggi Sedap mata memandang Maintanance rendah (sepatutnya lah) Apabila dikecapi pabila sebelumnya biasa-biasa Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu

rupa ada pada apa ada pada rupa

Assalamualaikum, Rupa? Ah, apa ada rupa jiwa rosak orangnya gila Gila dunia gila wanita gila harta gila semua Kerana sekali kau pandang rupa Tiga kali orang pandang kau dengan alasan yang sama Bila kau hilang segala Selangkah kau datang menghampiri Sepuluh langkah dia lari Plumpy tootsie, orang macam ni you memang patut tinggal je.. Amik I ok? kikiki~ p/s : ini bukan entry emo tau. now tengah study utk esok last paper major. autopost lagi . ngee ;D

kentut dan mcFlurry

Image
Assalamualaikum, Sebenarnya tajuk tu tak ada kaitan mana pun. Hari ni pagi-pagi lagi maCy dapat mesej dari seorang blogger, " Selamat pagi macy, jangan seday2.." . Then i smiled. Thanks kawan. Even dia tak tahu apa exactly yang berlaku, still dia concern kan? Ibarat kata Platipus la, meluahkan perasaan ni macam kentut. Kentut kuat tak ada bau, kentut perlahan baunya masyaAllah satu bandar Melaka ni boleh kena selaput jerebu. Kentut kuat tu bagi yang tak kisah, melegakan. Release gitu. Kentut perlahan ni kadang-kadang boleh buat susah, yelah nak buat muka innocent konon tak salah. Bukan senang kan? Nak tanya pengalaman kentut sorok ni boleh tanya Platipus lah dia lagi expert. hehe In short, thanks for all. All the comments on the previous entry sangat membantu. makan mcFlurry tanpa segan silu di bookstore selagi belum kena marah maCy actually bukanlah seorang yang suka meluahkan masalah. Bagi hint macam tu je lah, nak cerita? hum.. Fikir banyak. Salah cara, boleh jadi mengum

bukan boneka

Image
Assalamualaikum aku bukan boneka yang tiada rasa yang boleh kau suka-suka jadikan teman sekadar untuk menghiburkan jiwa tatkala kau terasa kosong mencari aku sekadar peneman untuk menghilai tawa apa benar sekadar boneka? p/s : bukan pertama kali..

blogger famous itu

Assalamualaikum, maCy baru je singgah satu blog hebat ni. Teringat-teringat. Dari awal maCy mula aktif berblogging maCy sudah sampai sana, dan maCy selalu mention blog itu di teratak Aku, Kau & Mereka ini. Tapi, sudah hampir 10 bulan berlalu, bermula dari blog ini hanya mempunyai follower tidak sampai 10 orang, sampailah hari ini maCy mempunyai lebih kurang 750 orang follower, blogger hebat tersebut masih tidak pernah sampai ke teratak kecil ini. Merajuk? Tidak. Kecil hati? Tidak. Terasa? Tidak. Cuma sedar diri~ p/s : saat anda membaca post ini, bermakna maCy singgah ke blog tersebut enam hari yang lalu. keh2. autopost :) p/s ii : thinking off nak banned site yang guna mesin tu. kejam ke? kejam ke?

kisah khunsa

Assalamualaikum, maCy godek-godek folder 'Kearah Kebaikan' yang terletak dalam 'd maCy. Lalu terjumpalah kisah ini. ISTERINYA SEORANG KHUNSA ======================== Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah suatu peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya.Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita khunsa (memiliki dua alatjantina ). Si suami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya. Setelah beberapa lama maka isterinya yang khunsa itu melahirkan anak. Selepas itu tiada berapa lama timbul pula nafsu berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya. Akhirnya jariah inipun melahirkan anak juga. Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali. Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminnya. Dia boleh dijimak oleh suaminya serta dapat pula menji

first date dengan blogger

Image
Assalamualaikum, Mode : gatal. Hik3.. Semalam hari Jumaat. Roommate maCy kata mahu ke Klang ke rumah kakaknya. Almaklum di sini susah nak cari makan, transport susah, cafe tak ada. Nak ada orang jual-jual petang lah ya Allah sempat cramp perut lambat sikit makanan habis. Alkisah semalam tiba-tiba ada someone special ni pm di ym. Blogger juga. Berdrama sikit, terus lah nak ajak jumpa. Gatal betul maCy pun layankan aja. Senang lah hai minta maaflah maCy ni spesis tak mahu bermekap cari T-shirt terus keluar. Apa yang bestnya sudahlah maCy ni power mata 100/100 susahlah nak trace mana si pujaan hati ni. Rupa-rupanya bukan salah mata tapi janji di mcD Mahkota Parade ditunggunya maCy di mcD Dataran Pahlawan. Adoi lah si pujaan hati bikin maCy ketawa sorang-sorang nasib tak kena hon dengan kereta Honda ke BMW takut pula terubah partner dating. Haha Jumpa sahaja masing-masing dah buat muka senyum-senyum ala-ala pemalu macam tu. Pangg. Tapi bab makan macam nak pengsan nak decide makan apa l

jemputan

Image
Assalamualaikum, Di sini maCy ada satu jemputan buat semua blogger.. Kenduri Arwah Pabila maCy Telah Pergi Masa : InsyaAllah selepas maghrib Tempat : Rumah kedua ibu bapa Tarikh : Tarikh ajal sudah ditentukan, tarikh kenduri mungkin lepas 7 hari lah Jika tidak dapat hadir pun, semoga dapat mendoakan yang terbaik buat Mathila Binti Haji Mansor aka Mathila Binti Siti Zaharah kelak. Oh suka-suka maCy jemput, sebarang perubahan bergantung kepada mereka yang masih hidup. Masing-masing sibuk dengan jodoh dunia, tetapi masing-masing lupa dengan jodoh kekal yang menanti yakni mati. Cinta manusia itu urusan Dia dan cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita. p/s : maCy rasa ada yg marah maCy buat entry camni. huu~ autopost.

ex bf dengan kawan macam...

Assalamualaikum, Hari ini maCy bangun pagi dengan mood yang baik. huhu. Hum, just wanna share satu kata-kata lah lebih kurang. But i couldnt remember siapa yang beri, waktu tu semua orang try nak comfortkan maCy. Tapi kejam pula bila maCy lupa siapa.. adeh~ ex bf dengan kwn dia sama cam kita lipat-lipat kertas bila buka lipatan, hasil xkan sama ngn yg asal sebelum dilipat Its true i think. Everybody ada kisah masing-masing kan. After what had happened, its hard to gain back the energy. Everything become so-not-normal. How to overcome this? Just forgive and ask for forgiveness. Explain. And the most important one is to let go the past and move on. And dont forget, dont ever find a way to hurt, or revenge. Its totally immature. And it gonna make things worst. p/s : dear miss fay, next sem kena jumpa ok? i gonna write a story 'bout you nanti. miss you damn much! will treat you for ice cream, you treat me for lunch. deal! ;p