Saturday, October 30, 2010

pesanan ringkas menguntum senyum :)

Assalamualaikum,

-Beep beep-

"ok.. tc. jangan lupa solat.."

Tidak semena bibir mengukir senyuman..
Pendek, tapi membuat hati terasa cukup senang..
Terima kasih :)

*yelah asyik2 pesan, jangan lupa study, jangan lupa makan*


p/s : selasa sudah mula ada paper. thats why no blog less FB. doakan maCy ya :)

Thursday, October 28, 2010

what she said, and the truth hiding behind them

Assalamualaikum,

-this is a story of a girl name camelia-

She said she love to see your face.
She said its worth to have you around.
She said she could see paradise by just looking into your eyes.
She said she is totally in love with you.
She said that you are her everything.

The truth is, she just love you cz you are good looking.
The truth is, she is just proud to show off to her peers.
The truth is, i know the truth that she flirt with another guy at that time.
The truth is, the guy she is flirting with is my very dear friend.


p/s : damn hungry at the moment. and, not getting my nite wish again. tetido eh? :)
autopost.

Wednesday, October 27, 2010

diam

Assalamualaikum,

Diam adalah lebih baik. Tapi diam untuk melarikan diri dari kesalahan bukan yang terbaik. Walau dia tidak memilih diam tetapi bersuara untuk bertanya dan memberi penjelasan, tetapi maCy yang memilih diam dari memberi jawapan. Bukan kerana marah, bukan juga kerana merajuk. Tetapi sekadar diam untuk merehatkan diri dari keadaan. Esok, atau mungkin malam ini. maCy janji, maCy akan sejuk. Itulah maCy dari dulu, kamu sudah tahu.

Satu sahaja, usah menjadi manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri, terlalu memikirkan kebahagiaan diri sendiri sehinggakan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa untuk dilukakan. Berterus-teranglah dari awal, usah berpura-pura yang akan datang bakal merosakkan keadaan.

Bijak mencuri peluang adalah berbeza dari bijak melepaskan diri. maCy tidak suka orang yang gemar sekadar melepaskan diri sendiri. Itu kamu tahu.


p/s : ingat. bijak mencuri peluang adalah berbeza dari bijak melepaskan diri. amat berbeza.

Tuesday, October 26, 2010

usah mengahwini wanita yang enam

Assalamualaikum,

Hari ini mood baik macam biasa. Cuma kaki maCy yang pernah retak itu terasa berdenyut-denyut hari ini. Barangkali kerana semalam terlalu sibuk semasa TPM datang, banyak berjalan dengan heels. Jadi hari ini sudah rasa sakit-sakit sedikit.

ihsan Mr. G aka Mr. Google

Lupakan tentang itu, pernah dengar mengenai wanita yang enam? maCy baru semester ini terdengar mengenainya, tetapi kebanyakan sumber yang maCy temui, semua penerangannya agak kompleks dan panjang. Tapi tadi maCy berziarah ke satu blog kerana tertarik dengan tinggalan jejaknya di shoutbox. dan maCy menemui penerangan ringkas mengenai wanita yang enam ini.

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"
-Imam Ghazali-


  • wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.
  • wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
  • wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
Semoga maCy, dan kamu juga (kaum hawa sahaja ya) tidak menjadi barang satu diantaranya. Kerana diri ini mahu menjadi hawa solehah. Amin..

Sumber : Klik Sini

Oh ya, harap ampun maaf maCy tidak sempat berkunjung balas lebih-lebih lagi kepada mereka yang meninggalkan jejak di shoutbox, sekadar sempat mengunjungi mereka yang meninggalkan komen sahaja, itupun selepas dua tiga harii. Masa bergerak terlalu pantas, terlalu banyak yang perlu dikejarkan. Maaf ya :)

Dan, sebelum ini maCy tidak kisah, tapi sejak akhir-akhir ini maCy terasa tidak adil bagi mereka yang meninggalkan jejak secara manual tetapi tidak sempat dijejak balas, sedangkan mereka yang menggunakan urlpass, terus-terusan menerima traffic free nan ikhlas.


p/s : yang solehah sering dikaitkan dengan mereka yang bertudung labuh, diri ini tidak. apa diri ini tidak layak menjadi salah seorang daripadanya?

Monday, October 25, 2010

used to be enemy, but now we're bestfriend ;D

Assalamualaikum,

In a good mood. Lupakan kisah semalam kerana maCy sudah lama tidak hot, tapi yang penting maCy memang cepat cool. Cuma since sudah terpost entry geram itu maCy biarkan sahaja lagipun memang rasa better lepas menulis~

Very quick update this time. Alkisah tadi TPM datang ke IPG maCy, sebenarnya maCy agak keletihan kerana tidur lambat tetapi terubat kerana bertemu dengan sahabat lama. Ada pic maCy dengan dia di FB tapi muka maCy macam alah, letihnya jadi maCy tak mahu letak sini. hihi

Echa yang comel ;D

Apa pun maCy suka caption pada gambar kami di FB, "used to be enemy's, now we are bestfriend. do you remember girl? ♥"

I do remember sayang!

Dulu si Echa ini agak kerek di sekolah, maCy yang tak banyak cakap ni memang malas nak campur. Sampai satu hari ketika di Tingkatan 2 dia mengamuk dalam kelas dengan segala carutannya lalu maCy berkata dengan selambanya, "memanglah sukati ko nak cakap ape tapi kalo ko mati kubur sebelah aku nyusahkan je." Haha. Siapa tak marah dikata begitu. That is one yang maCy ingat. Lalu menjerit lah si Echa ini sampai satu sekolah boleh dengar. Bila ingat semula memang kelakar, tapi gaduh-gaduh pun lepas tu pernah juga si Echa ini ajak maCy pergi teman dia fire junior, sebab kacau junior senegeri dengan dia. Echa, echa.
Tapi itu dulu, sekarang tidak kerek lagi, she's seriously hot with high heels tadi. Makin ayu. ;p

Macam mana kita boleh baik ya? Apa pun, sayang kamu ketat-ketat! ;D


p/s : these few days, i guess im in a very good mood :)

Sunday, October 24, 2010

hey si awek, fikir sendiri!

Assalamualaikum,

Harini maCy menulis dengan keadaan yang agak geram. Fuh.. Sabar maCy sabar.. Tapi tak tahu la kenapa maCy rase geram je. Nak cerita la ni nak cerita.

Hey si awek,
maCy tahu lah memang normal kalau a girl jealous atau risau tentang bf dia Tapi, maCy dengan bf awak tu hanya kawan lama. Tidak keep in touch, sekadar baik bila ada pergi 'event' sama-sama and now dah tamat 'event' tu masing-masing dalam dunia sendiri. Kami sekadar membawa semula kenangan zaman sekolah kepada kawan-kawan, dan yang dah sudah, sudahlah.

maCy dari awal lagi dah expect yang awak ni jealous tak bertempat. Awalnya maCy faham, so maCy siap add di FB, siap tegur, siap mahu berkawan dengan cara baiknya dari awal lagi, showing yang maCy ni tak ada niat nak sorok-sorok belakang, nak kacau bf awak tu. Hey, i'm not desperate lah! and i'm not interested with your bf tu! maCy siap pernah delete your bf dari FB, sebab kamu lah! Risau kamu tu jealous sangat, and i don't want to be the reason why.

maCy memang dah kurang di FB, and maCy sebenarnya amat jarang pergi tengok profile orang. I will only comment on status or updates yang keluar dekat Home. I have 866 friends on FB, no strangers at all and i don't have time to check one by one including your bf and i'm seriously always at my own profile only!

Dah kalau kebetulan your bf punya updates keluar, maCy komen je la, and ask him yourself does he always make status that attracts others to comment? Yes, he did. It's up to him. But the matter is, if there's about 20 comments on it why must you put only the blame on me?

The first time i saw your status, "tiap kali ada status baru dari dia, mesti SI DIA ada jugak..". maCy bukan bodoh untuk memandai terasa, tapi kalau dari awal maCy dengan your bf tu pergi 'event' tu sama, maCy dah jumpa banyak status updates yang semuanya bab jealous, semuanya starting kami pergi 'event' tu. Mestilah maCy terasa. Hey, maCy bukan pergi holiday lah. It's compulsory! maCy malas nak state 'event' tu apa sebab once maCy state semua yang kenal maCy boleh tahu siapa, boleh check di FB on the spot.

Sabar maCy sabar. Time tu maCy rasa nak je komen tapi maCy sabar dulu, i text your bf, "ape nak buat kalau ade awek ni jeles tak memasal sedangkan kite ngn bf die tak kamceng pon?". And he replied, "pandai-pandailah bf die yakni aku nak yakinkan die..". See, maCy tak tuduh, the text was only a trick to make sure whether the status was meant for me or not. And it was.

And tadi, suddenly maCy tengok updates dari kawan maCy tu lagi, ada komen dari si awek ni, maCy nak tengok lah profile si awek ni. Take note! maCy buka profile si awek bukan kawan lama maCy tu. And i found that she removed me from her friendlist. It's damn hurt. I added her bcz i respected her and now he deleted me cz expecting that i'm trying to get her bf! Dan maCy sangat geram pasal tu. Seems like leaving me with the sins yang maCy ni mengacau bf dia!

Hey si awek,
Ini bukan first time maCy kena. maCy siap pernah kena panggil pelacur lagi dengan sorang awek just sebab berkawan dengan bf dia. (Baca Sini). maCy siap pernah kena attack dengan mesej lagi dengan orang yang sama. (Baca Sini). Walaupun dia kasar, maCy boleh layan elok lagi sebab dia straight with her points. She asked me herself walaupun orang lain yang baca boleh hot, maCy cool lagi. Tapi dengan awak, maCy siap add FB, kenal elok-elok. Still that way?

maCy penat ok penat? maCy pernah lah rasa bf diambil orang, only a desperate would do that. i'd experienced how hurt it was so i won't do it ever, never. So please, its really hurt when you make it that way. Delete FB, seems so simple, but when being asked for example, kenapa delete maCy? Sebab dia menggatal dengan bf aku. What the ?

A girl is a complicated creature, but you are the most complicated so far. i don't care if your bf get angry when he read this. i seriously don't mind!


p/s : sebelum wujud status tu, maCy pernah disoal siasat di msg FB, "maCy dengan ** ada apa? kenapa ada kat list siblings dia?" hey, kat list siblings pun nak bising ke? ahhhhhh~ Put your bf into your handbag la taknak kasi berkawan langsung!

Saturday, October 23, 2010

serasi bersama

Assalamualaikum,

Semalam maCy bermesej dengan seorang member kamceng, dan beliau dengan selambanya berkata, "profile pic maCy kat FB takleh blah ok?". maCy pun tak faham apa yang takleh blahnya.
Align Center
Sila lihat.






Apa yang takleh blah?
Walaupun aki kata yamapi ni ex dia. uhh~ ;p

Lihat baik-baik. Bukankah kami serasi?? muahahaha *buat muka comel*

I wish dia pakai jam tangan kanan, kalau tak lagi serasi. hahaha. Ok. Over ketawa pula. maCy sebenarnya sedang penat-penat study. Tu yang terhasilnya entri tiada motif ini. Sudah mahu final jadi doakan maCy ya? Kalau tidak final bolehlah dating dengan sis Adah sambil dia belanja window shopping. ~memang sah-sah free. haha

Ok-ok maCy pergi dulu. Jangan rindu-rindu~~ ;D


p/s : makan makan makan makan makan. ~autopost lagi.

buat abang

Assalamualaikum,

Hari ini ulangtahun kelahiran abang long maCy. Bukan 'abang'. Ini abang betul. Abang long tu cuma gelaran di FB sahaja. Kadang-kadang kami adik-beradik bahasakannya kekanda.

Sudah 3 bulan berlalu. Seakan baru semalam maCy menulis entri nasihat dari seorang abang. Sudah 20 tahun berlalu, seakan baru semalam merasai saat didukungnya.

maCy tak ingat banyak kenangan dengan dia. Mungkin kerana jarak usia yang terlalu jauh. Tetapi ketahuilah sejak kecil abang jie adalah hero di dalam hati, maCy menyimpan hasrat mahu menjadi peguam sejak kecil lagi, sehinggalah akhir Tingkatan 4. Semata-mata kerana abang jie ialah seorang peguam, dan maCy mahu mengikut jejak langkahnya. See, sejak kecil, dialah inspirasi.

Di Tingkatan 4 dan 5, maCy bersekolah di sekolah asrama 20 minit dari rumah. Abang jie juga bekerja di sana. Tetapi, setiap kali pulang di hujung minggu, abang jie kebiasaannya telah bergerak kembali ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Selalu maCy berkata dalam nada bergurau, "Sampai ati. Asal owang balik mesti abang jie tak ada.". Tapi hakikatnya maCy benar-benar maksudkannya. Nampak luaran memang seakan maCy tidak peduli. Tapi, hakikatnya, biarlah dapat bersalam sahaja pun, itu sudah mencukupi.

Ayat lazim abang jie ;
"sedapnyelah kalau ada orang buat air nescafe.." ~alahai, mula lah ayat sedih tu..
"pegi buat air kalo tak abg jie taknak jadi wali." ~cis, main ugut-ugut pulak. haha
"ma ni duduk seminggu segelas air pun tak buat lagi!" ~kalau dah bergelas-gelas pun itulah ayat yang digunanya juga. haha

Sayang tak semestinya diungkap dengan kata-kata, sayang tak semua mampu tonjolkan begitu sahaja, sayang itu satu rasa.. ~Ah, abang jie, jangan mintak hadiah owg budak tak bergaji. huhu

Abang jie, owg mintak maaf sebab zaman sekolah dulu pernah curi rokok, buang, konon nak kurangkanlah tu. Haha. Owg tahu niat tak menghalalkan cara.. Tapi, kalau tak sayang owg biarkan sahaja~


p/s : autopost ini~ maaf kurang masa sudah utk jengah semula blog semua~ habis busy maCy balas kunjungan semula ya..

Thursday, October 21, 2010

untukmu abah

Assalamualaikum,

Hari ini maCy rasa sihat tidak sihat. Dari semalam lagi rasa macam ni tapi maCy buat dek sahaja siap pergi keluar tengok movie The Other Guy, makan Pizza balik terus rasa macam nenoneno sahaja.

Kepada follower setia blog ini, masih ingat entry kenapa begitu abah?

Hari ini sebenarnya baru betul tarikh ulangtahun kelahiran beliau. Jadi, walaupun abah tak baca blog. Selamat hari lahir, abah. ma sayang abah sangat. Semoga abah terus panjang umur, sihat selalu, murah rezeki, etc, etc.

Mak dan abah yang tak ternilai pengorbanannya

Abah di usia 64 tahun, masih kuat. Kredit to kak sYami yang edit.

Tiba-tiba teringat, dulu bila balik rumah dari hostel, terutamanya jika berpuasa, abah mesti pergi belakang rumah ambil air kelapa untuk anaknya ini. Wajahnya kini masih ada riak garang, tapi bila ditembusi, lebih nampak riak penyayang..

Abahlah hero kesayangan yang tiada galang gantinya.


p/s : sayang abang Jie jugak. Nak cakap depan-depan malu. kekanda abang long besdaynya 23hb ini~

Wednesday, October 20, 2010

karma

Assalamualaikum.

Kali ini, maCy nak berbicara tentang karma. Ya, karma. Sebenarnya entri ini dah sudah dibuat sebelum soalan entry lepas ditanya. Atau lebih tepat sebenarnya entri ni dah lama dalam draft tunggu dimuntahkan keluar sahaja.

Kamu percaya pada karma? Karma disini bukan kepercayaan dalam agama hindu atau apa-apa seperti yang segelintir segera membuat konklusi sendiri. Bertanya, itu lebih baik berbanding terus membuat definisi sendiri. ~maCy memang garang lah dua tiga hari ni. maaf la ye. hihi

Apa karma yang maCy maksudkan? Mungkin seringkas kamu buat baik, dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Tidak semestinya. Tapi begitulah.

Semuanya mudah. Kamu tidak suka orang tidak mendengar apa yang kamu sampaikan? Maka belajarlah mendengar apabila orang lain mula menyampaikan. Tidak suka dikhianati? Jangan cuba mengkhianati. Tidak suka ditipu, jangan cuba menipu. Mudah.

Tidak suka ibu, kakak atau adik kamu disakiti, jangan menyakiti ibu, kakak atau adik orang lain. Ibarat, kamu merosakkan anak dara orang hari ini, esok hari orang lain merosakkan adik, kakak atau kaum kerabat kamu sendiri. Suka? Siapa suka?

Di alam blog pula. Kamu mahu orang membaca setiap inci entri kamu, jadi belajarlah membaca setiap patah kata entri orang lain. Kamu mahu orang menghargai penulisan kamu, jadi belajarlah menghargai penulisan orang lain. Kalau kamu mahu orang klik iklan nuff kamu, kliklah iklan nuff orang lain. eh? Itu cuma sekadar contoh. Tapi konsep i follow u, u follow me tiada di sini. huhu

Apa lagi? Dari segi hubungan pula? Kalau tak suka bf/gf dirampas orang, jangan rampas gf/bf orang. Tak suka gf/bf main kayu tiga, sama-sama jangan menggatal dengan lelaki/perempuan lain juga. Apa yang dibuat, itulah yang dia dapat. Tidak sekarang, akan datang. Kamu pernah mengadu sakitnya rasa bila bf/gf dirampas orang, hari ini kamu pula merampas bf/gf orang buat apa? Pendek kata, jika berlaku sesuatu di luar kehendak kamu, usah benci, usah dendam. Jika tidak sekarang, mungkin di sana masing-masing akan mendapat balasannya. Pendek dan mudah, bukan? ~Peringatan untuk diri sendiri.

Itulah karma yang maCy maksudkan. Karma dari cara perbuatan. Bagaimana pula dengan kata-kata? Semalam kamu mengata anak orang tidak punya masa depan, hari esok siapa tahu anak kamu nasibnya seperti apa yang kamu kata dahulu? Kamu sibuk mencari kelemahan dan salah orang lain, tidak cukup di sini, lubang sana digalinya juga. Hari esok, ke lubang cacing orang lain melakukan perkara yang sama terhadap kamu pula. Percayalah.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

What You Give, You Get Triple Back!


p/s : Asada Ryutaro guna cara kotor nak jadi top commentator, tapi maCy pun guna cara sama untuk rampas takhta top commentator semula. haha

Tuesday, October 19, 2010

saya tanya awak jawab 3 : karma

Assalamualaikum..


Soalannya :
Anda percaya pada karma?
bukan karma dalam kpercayaan agama sana tu. and this is a ques, learn how to understand a ques bkn buat konklusi cepat sangat. [edit]

p/s : Gambar tak ada kena mengena dengan entry. Sebenarnya selalu juga maCy usha-usha sport cars. Sebab mereka cool ;D
p/s : 3rd entry hari ni. lalala~

lagu bikin angau

Assalamualaikum..

Second entry for today. muahahaa~ *pastu buat muka comel*
Ha, sorry, tapi maCy seriously paling tak suka 4 benda dalam alam blogwalk ni :
  1. word verification
  2. comment setting bukan pop-up window
  3. spam message
  4. lagu-lagu kat blog yang ahhh... metallica punya tahap
maCy tahu its up to you lah kan nak letak lagu apa, tapi maCy admit yang maCy ni jenis pemalas suka buka tab banyak-banyak terus so bila lagu 'keras' sangat, tambah-tambah banyak pula blog yang ada lagu, dapat pula maCy tengah layan lagu Maher Zain si kekasih hati, buat maCy rasa cepat-cepat nak tekan pangkah hujung kanan atas sana, sedangkan biasanya maCy akan singgah dan baca entry, kecuali tiada masa. It's seriously okay nak letak lagu. Tapi, bayangkan, sudah lah dah ada lagu yang tak boleh blogwalker stop-kan, entry dia dalam bentuk video pula, entah mana nak dengar. Tapi sebenarnya tak kisah pun. Saja je. Hik3 jangan marah ;D

Eh, terlebih sudah. Sebenarnya hari ini maCy mahu cerita yang maCy jatuh hati dengan lagu satu blog ni. Memang tahap boleh buat maCy berangan siap nampak bintang-bintang ;D


Blog mana? maCy pertama kali sampai mungkin. Sila jenguk blog elmo gemok. Lagu dia, seriously jatuh cinta. ;D

Hey, Kila.
Happy birthday okay!


p/s : jom teman maCy tengok bintang malam ini ;)

deleted entry

Assalamualaikum,

i just post an entry 5 minutes ago,
it was something true deep from my heart,
but just deleted it,
as i tried not to make this blog too personal..

wanna see it?
no you don't need it,
i just keep that as my draft here,
just pray that i'm all okay..


p/s : hey hey hey! ~distracting myself.

Monday, October 18, 2010

saya tahu saya tak cantik tapi saya peduli apa

Assalamualaikum,
~salam tetap ada ;D

Jari menyentuh keyboard tanpa sebarang idea.. Lalu~

Saya tahu saya tak kaya macam awak
Tak apalah tak kaya harta budi bahasa masih ada
Saya tahu saya tak make up tebal macam awak
Tak apalah saya tak mahu orang jatuh cinta kerana rupa
Saya tahu saya tak glamour macam awak

Tak apalah low profile pun apa salahnya
Saya tahu muka saya asyik t-shirt dengan jeans sahaja
Biarlah tak vogue asal selesa

Saya tahu saya tak cantik macam awak
Ah.. saya peduli apa~




Eh?
Hey, ini bukan tentang Lisa Surihani ok? Atas ini bukan sengaja, bukan mengena, bukan niat atau apa-apa. Mengetuk keyboard tak kata apa. Mana ditekan dibiar sahaja..

Tapi gambar Lisa memang sengaja maCy letak sini. Tadi roommate suruh buka beautifulnara.com. Ada pasal 'kembar' Lisa. Kalau tidak, jarang lah maCy sampai ke sana. Apa pun. Lisa memang cantik ;D

sini ade edit. sebab ade anasir dalam diri.
[Edit] sori eh!

p/s : hik2.. tak tahu nak cakap apa, mood baik. rasa nak senyum je ;D

Sunday, October 17, 2010

mood tengok gambar pelamin

Assalamualaikum..

Rasa nak balik rumah. Rindu abah, rindu mak. Previous entry buat maCy sedih mungkin. Dari mula menaip, sampai edit, sampai baca balik, bila baca komen semua blogger lagi buat maCy rasa sayu amat. Biarlah Asada Ryutaro nak cakap maCy budak cengeng lagi pun. Memang cengeng pun. hukhuk

Alkisah semalam maCy ternampak gambar seorang sahabat lama di list friend profile FB. Alangkah terkejutnya bila melihat dia dalam persalinan pengantin! Sudah lama rupanya tapi maCy baru tahu sahaja. Itulah kekurangan mempunyai terlalu ramai rakan di FB, tak sempat update semua. Kata classmate maCy, delete mana tidak perlu, tapi maCy yakin dari 872 orang rakan maCy di FB, tidak sampai seratus pun yang tidak maCy kenal, cuma mungkin tidak begitu rapat seperti junior contohnya. Tapi kalau dia kenal kita, takkan mahu delete pula? isk2. ~No stranger on FB please.

Rasa macam tidak percaya sahaja sahabat sendiri sudah menjadi isteri orang seawal usia 20 tahun. huhu. Selesai khatam album kahwinnya di FB, tiba-tiba sahaja mood maCy mahu tengok-tengok koleksi gambar ketika kenduri kahwin abang dan kakak. Semua kenduri pun kami adik-beradik buat pelamin sendiri. Oh, dengan mak juga. Tapi simple sahajalah, nama pun buat sendiri ;D

Kenduri abang Lon di rumah kakak ipar

Kenduri di rumah

Kenduri kak Ielah. Dua abang tak ada dalam gambar ni

Ni pelamin waktu kenduri kak Pijah, oh pengantinnya ada, dalam album lappy. Dah tertutup folder malas nak buka semula. hihi

Dan selepas itu, berterusan mood maCy tengok gambar pelamin. haha. There are few yang maCy rasa macam simple dan comel sahaja. Bukan menggatal mahu kahwin ya. Cantik. Itu sahaja :)

Sweet je kan. Simple
I love the roses ;D
Another simple and sweet one. Oh, no pink please.

Nampak sangat sedang bosan duduk sorang-sorang di hujung minggu. Hostel ni terasa kosong. Tapi yang penting roommate balik hari ini. Yay! ;D


p/s : hai zaizax, sampai hati zai tak ada masa maCy ke shah alam malam sabtu itu. ayat merajuk ;p

Friday, October 15, 2010

kenapa begitu abah?

Assalamualaikum,

Entry ini panjang, bersifat sedikit peribadi, meluah rasa yang adanya terpendam..

Abah,
Dahulu ma merasakan abah tidak memahami. Sekalipun sebenarnya abah sentiasa memenuhi segala keperluan ma. Tapi dahulu segalanya seakan tertutup kerana seringkali abah berkata tidak dalam banyak hal yang ma minta. Hanya kerana satu, kerisauan abah.. Kerisauan abah yang dahulunya tidak ma fahami..


Tingkatan 1
Abah menghantar ma ke sekolah berasrama jauh dari rumah. Mak menangis. Saat itu abah pertama kali mengucup dahi.. ma? Sedikit pun tidak terasa apa. Dan juga melayan ego sendiri. Kecil-kecil sudah ada egonya. Sememangnya ma dari dulu lagi begitu, bertubuh kecil tapi berhati batu. Tinggal jauh langsung tidak homesick, dan pulang hanya ketika cuti panjang. Kisahkah? Tidak, sedikit pun ma tidak kisah. Bukan kerana ma tidak sayangkan mak dan abah, tapi ma memang begitu. Tidak seperti kak sya yang luarnya keras dan lantang, tetapi dalamnya lembut sahaja. Sehinggakan ketika di Tingkatan 3 dia masih tidak hilang homesicknya.


Tingkatan 2
Abah tegas dan garang. Sukar sekali memberi kebebasan mengizinkan ma menyertai akiviti yang ma gemari, camping, sport? Pernah, abah tidak mengizinkan ma mewakili hoki ke peringkat negeri selama dua tahun berturut-turut. "Masuklah bola jaring macam kak sya." Hati memberontak lagi. Mengapa mesti disamakan dengan yang lain? Manakan sama minat semua anak-anak abah? Kenapa kak sya serba diberi? Kenapa tidak ma? Hati ma memberontak sehendak-hendaknya. Sedangkan abah sebenarnya amat risau akan keselamatan ma. Fizikal kecil, juga jauh dari mata. Tapi ma tidak memahami. "Anak orang lain boleh!" Kata hati ma dengan lantangnya. "Lain orang lain caranya.." Kata-kata kakak kembali terngiang di telinga..


Tingkatan 4
Abah tidak membenarkan ma menyertai trip sekolah KL-Langkawi-Penang-KL selama 4 hari. Kerisauan yang melampau. Getus hati. Pasti bagi orang lain, dirasa tidak logik juga. Trip biasa, entah apa yang dirisaukannya. ma memberontak, tidak melawan secara lisan tetapi ma batukan diri dari mendengar kata-kata abah. Sememangnya kurang ajar. Tapi akhirnya abah mengikut kehendak anaknya yang degil membatu ini. Kenapa dan mengapa tidak abah izinkan awalnya? Ketika itu sememangnya ma tidak memahami apa-apa.
.

Tingkatan 5
ma membuat permohonan ke matrik yang jauh dari rumah. ma mahu mencuba, dan mahu lari dari kongkongan mungkin. Tapi kerana mak, ma ubah permohonan ke negeri-negeri yang dekat sahaja. Dan abah juga mahu ma memohon dekat-dekat sahaja, risau katanya. Usia 12 tahun dikatakan kecil, 15 tahun masih kecil, 17 tahun masih juga dikatakan kecil. "Abah memang tak faham ma." .Hati ma berbisik keras..

Sedangkan ma tidak tahu sebenarnya abah pernah berkata kepada adik-beradik yang lain ;
"Jangan marah ma kalau dia minta belajar jauh-jauh.. ma tu jenis berdikari..", kata abah. Jelas, sebenarnya abah memahami, cuma abah ada sebab dan cara sendiri, tapi, sampai saat itu ma masih tidak memahami. Kenapa mesti begitu? ma bukan lagi anak kecil yang perlu dirisaukan sehingga sebegitu rupa..


Akhir Tingkatan 5

ma membuat permohonan kursus perguruan lepasan SPM. Kedua-dua option, ma meletakkan course tesl, kerana itu sahaja minat ma dan cita-cita ma. Tapi, tidak sekali-kali mahu menjadi guru subjek lain selain Bahasa Inggeris, itu syarat ma. Pada awalnya, abah berkata ya, tapi akhirnya, sehari sebelum ke PLKN, abah mengubah keputusan kerana tidak mahu membenarkan ma fly ke luar negara. Disuruh ma mengubah permohonan serta-merta. ma masih ingat, kita di dalam kereta, air mata meluncur laju. ma terus memandang ke luar tingkap dan dengan tenang berkata, "baiklah abah..". ma memang taat dengan kehendak abah, tapi redhakah ma dengan keputusan abah ketika itu? Terimakah alasan risau abah ketika itu?

Saat itu, ma merasakan abah tidak memahami. Hati ma terasa sedih amat. Kerana itu lah sahaja cita-cita dan impian yang tinggal. ma tanam minat dalam bidang pendidikan kerana ma tahu itulah bidang yang abah mahu ma masuki selain bidang perubatan. Masa depan, dan ma amat sirius dengannya. Disuruh memohon untuk menjadi guru Sains atau Matematik. Tapi mana ma mahu meneruskan pengajian dalam bidang yang tidak ma gemari dan ma rasakan luar kemampuan ma? Apa yang penting, ma merasakan tidak mengapa jika gagal interview dan sebagainya, tetapi ma kesal kerana gagal mendapatkan cita-cita ma sebelum sempat ma sempat berusaha. Abah benar-benar tidak memahami, atau sebenarnya ma yang tidak cuba memahami abah?

Abah,
Kenapa tidak abah benarkan ma mengikuti trip sekolah? Kenapa abah mahu ma berpindah dari sekolah yang jauh dari rumah tapi yang menjadi kesayangan ma ke sekolah yang berdekatan sahaja? dan kenapa abah tidak mengizinkan ma memohon tesl yang mengandungi syarat perlu keluar negara hanya selama 2 tahun, sedangkan abah tahu itu cita-cita dan masa depan ma? Kenapa?

Kenapa dan mengapa? Sebabnya cuma satu sahaja.. Kata abah, "ma kena ingat, umur abah dah berapa.. Kalau ma jauh, kalau abah mati tiba-tiba, abah takut, abah risau ma tak sempat nak tengok wajah abah buat kali terakhir..". Abah! Air mata ma mengalir deras tanpa hentinya. Sebenarnya bukan abah yang tidak memahami, tetapi ma yang membutakan hati.. Maafkan ma, abah..


Garang abah sangat berharga, tegas abah tiada penggantinya. Jika tidak, masakan ma menjadi manusia..

Selamat Hari Lahir buat seorang bapa. 21/10/46

***

Kian dewasa, maCy semakin taat dengan mereka. Kerana benar kata kakak dan abang suatu ketika dahulu, kelak nanti maCy akan bersyukur dan faham sendiri dengan cara abah. Biar apa orang kata, abah kolot, berfikiran kampung, tidak open-minded, terlalu garang dan tidak memahami kehendak anak-anak. Tetapi hari ini tidak ada siapa yang boleh berkata tidak jika ada yang berkata, anak abah kesemua sepuluh memijak bumi universiti, kesemua sepuluh taat ibu bapa, kesemua sepuluh menjadi manusia..

Ini kisah sedih maCy, anak bongsunya, ini pula kisah hebat abah dari anak kedua bongsunya, sYaMi. [
Klik Sini] :)


p/s : tidak sekali menyesal kerana mengikuti kehendak abah, kerana tidak sekali pernah keputusan abah salah.

Thursday, October 14, 2010

sel masih aktif?

Assalamualaikum,

Hai semua. Maaf ya kesibukan melanda membuat tiada masa untuk bercengkarama mahupun membela lemak tepu sambil menekan button keyboard yang salah satunya tercabut dek keganasan anak saudara. Tipu je keyboard dah tukar baru, memakan rm150.. Mood merapu sedang on kerana sebenarnya maCy di library menggunakan segenap masa dan ruang yang ada sementara menunggu masa lecture yang akan bermula dalam masa setengah jam sahaja lagi.

Baru sahaja tadi maCy memonteng kuliah selama 5 minit dengan pergi mini medical check-up under Tasly Health Screening, cost me rm10. Actually bukan ponteng, maCy mahu ke washroom, tapi keluar pintu sahaja classmate baru pulang dari check, katanya tengah tak ada orang. Maka? hee..


Pemeriksaan itu hanya menggunakan sejenis alat teknologi seperti mikroskop, skrin dan jari juga. Dengan melihat pada blood flow pada circulatory system. Alkisah beginilah perbualan pendeknya :

A : abang tu
B : maCy

A : Adik nak check?
B : Aah..
A : Bukak cincin tu dulu ye..
B : Ok..
~sambil duduk dan abang tu sapu something oily dekat jari manis maCy dekat alat tu..
A : Kita tengok bahagian jantung dulu. Ok. Bagus. Semua ok, peredaran darah lancar..
B : Oh.. ok-ok..
A : Blood flow bagus. Budak sukan ni.. Ada main sukan ke apa-apa?
B : Bolehla jugak..
A : Kita pergi bahagian paru-paru. Hum.. Ada family trait yang ada fibroid ke, kanser ke?
Dengan muka penuh innocent..
B : Um, takde pulak..
A : Sebab kat sini adik tengok, ada block, dan macam urat simpul. Mungkin ada sel yang bermasalah sikit. Tak semestinya kat paru-paru, mungkin boleh dekat hati, breast or apa-apa.B : Sel aktif?
A : Ha. Betul. Sel aktif..
B : Oo. Ok-ok..
Abang ni macam tak yakin je nak explain.. Kata maCy dalam hati..
A : Kita pergi bahagian kepala. Tak ada masalah. Kita nak flow blood macam ni lah. Lancar.. Perut tak ada masalah, bahagian leher ok.. Period ok?
B : Um.. Ok je..
A : Tengok sini. Adik ada hypertension ni. (Blood flow ada block plus simpul-simpul sikit kat mana entah).. Then yang adik tengok black spot ni, tu toksin. Tapi tak banyak lah.. Ok, sudah..
B : Dah sudah? Ok, thank you..



maCy sebenarnya tak yakin mana. Sebab tak tahu pula ada teknologi yang membolehkan kita observe sampai nampak blood circulatory macam itu sahaja. ~Mungkin itu alasan untuk perasan sihat. hihi. Bila difikir apa yang dikatanya kena sahaja dengan maCy dan beberapa sahabat-sahabat lain. Tapi, nampak macam mikroskop biasa sahaja. Tak apa nanti maCy akan search semula. Mungkin juga maCy yang ketinggalan zaman. huhu

Back to the story, pulang sahaja ke lab, kawan-kawan bertanya. "maCy pergi check ke?".. Diam tanda setuju. Hihi.. Apa yang penting, bila ditanya tentang apa yang abang itu sampaikan mengenai sel aktif, baru maCy teringat.. Memang tiada family trait yang ada kanser or fibroid, tetapi maCy sendiri pernah menjalani pembedahan membuang tumor. Lupa! Haha

~No worries, it was just a very small one which developed very slowly at my right palm. Tapi since ianya tidak menyelesakan dan menekan urat saraf, maCy decide untuk buang. Tapi baru tadi terfikir nak touch check ada lagi atau tak, and maCy rasa macam ada semula. Tapi amat kecil lagi. Maknanya, it develops again? uhh..

It was June 2008, my first time masuk operation theater. My second time was on June 2009, appendix operation. Nasib baik tak pecah dulu, padahal sudah lebih seminggu maCy mengalami simptom sakit perut dan muntah-muntah. Huhu.. June 2010, alhamdulillah, bulan jun ngeri maCy sudah berakhir..



p/s : ini cerita petang tadi ;D

bukan entry autopost

Assalamualaikum,

Baca komen entry lepas. Terharu sangat. Terima kasih banyak atas semua concern dan kata-kata semangat. maCy rasa macam disayangi je. Ok. maCy perasan. Tapi tak apalah perasan pun, thanks. maCy sayang kamu juga.

um, maCy rasa maCy ada masalah tidur sekarang. Tiap malam, maCy akan berubah position entah berapa kali entah dan membuatkan maCy rasa mengantuk amat di siang hari. Itu insomnia ke?

Apa pun, terima kasih amat kepada semua. maCy rasa better sikit. Mungkin...

Ah, maaf atas entry tidak berkualiti kali ini, sekali lagi entry tiada motif, entry tiada fungsi. Kasihan mahu tinggal lama bersawang sahaja, tu lah 10.10.10 baru-baru ini 3 entry sehari.. Patut simpan buat autopost saja..


p/s : Online kurang. FB kurang. Apa lagi main Travian.
p/s 2 : tibe-tibe maCy syak diri sendiri tengah tak betul..=="

Tuesday, October 12, 2010

hati terasa kosong

Assalamualaikum,

Hari ini hati terasa sedikit kosong. Secara luarannya, sememangnya aku gembira. Ramai kawan dari lawan. Banyak suka dari duka. Banyak bahagia tiada sengsara.


Siapa yang tidak mahu sentiasa berasa senang hati dan bahagia? Tapi kadangkala kesenangan dan kebahagiaan itu membuat aku semakin jauh dariNya. Aku tidak mahu dekat padaNya hanya ketika duka. Sedangkan semalam ketika aku dalam kesusahan dikerjakan hati manusia yang punya hasad dengki, ditabur fitnah dan cerita seperti menyebar benih yang subur meninggi, menangis aku dihadapanNya. Seharian aku mendekatkan diri denganNya. Dan akhirnya ketenangan yang Dia hadiahkan kepadaku.

Namun, setelah kembali tenang dan dikurnia bahagia, leka kembali aku. Hari ini, aku punya sahabat dan keluarga yang tiada galang gantinya, hidup sederhana selesa bahagia. Tapi, aku leka.. aku alpa dengan gembira.. Berdosakah aku?

Ya Allah, jauhkanlah aku dari terus leka dan alpa sebegini. Ampunkanlah segala kekhilafan diri ini.. Kerana walau ceria sekian harinya, hati ini terasa sedikit kosong, seperti ada yang tidak sempurna... Kerana hati ini masih lagi mendambakan cintaMu yang Maha hebat itu..



~maafkan penggunaan aku pada entry kali ini.

p/s : doakan maCy..

Monday, October 11, 2010

better than 10.10.10

Assalamualaikum,


Yes! Tarikh 10.10.10 sudah berakhir. Ramai sungguh yang jatuh cinta pada tarikh 10.10.10 bukan? Sehinggakan Hellioz dan J.Love juga mahu anniversary open relationship mereka jatuh pada 10.10.10. haha ;p

Back to the title, maCy pun tak faham sebenarnya apa yang cantik, bukan sekadar nombor? Apa pun, maCy ada cadangan yang baik untuk mereka yang mengidamkan tarikh anniversary yang bukan sahaja menarik, tetapi unik, jarang dimiliki dan yang penting, menjimatkan!

29.02 setiap tahun~

tak ada yang mahu berebut?


p/s : sangat teringin secret recipe saat ini =="

Sunday, October 10, 2010

hujan rintik-rintik



Hujan rintik-rintik
Air bergelora
Wajah nampak selamba
Hati bagai menggila

Siapa kata aku tak ada rasa?
Muka brutal jiwa kaca kau apa tahu?
Aku kental aku gagah kuat aku luar biasa
Tapi aku juga manusia biasa
Bisa tagih cinta manusia

Aku tidak gila pada harta
Tidak juga gila aku pada rupa
Aku gila pada dia yang gila setia pada aku
Tapi siapa dia?
Usah tanya aku
Kerana aku sendiri tidak tahu

Kosong
Mimpi aku kosong
Dunia aku nyata kosong juga
Aku tunggu kau
Kau yang belum lagi aku tahu siapa
Dan barangkali kau juga tidak tahu aku
Esok lusa mungkin kau dan aku akan berselisih bahu
Di pertukaran LRT tatkala manusia berpusu-pusu
Wahai kau cinta hatiku
Aku masih menunggu
Wahai kau jiwa batinku
Tunggu aku

hasil ketukan keyboard setelah membaca satu entry seorang blogger
hey alvin, hujan itu tanda pelangi mahu tiba! :)

p/s : esok ada paper. ini copy paste sudah sedia dalam lappy ;D
p/s 2 :entry ni TAK ADA KENA MENGENA DENGAN maCy, iema, jangan nak buat kisah cinta plak kat sini. kalo tak siap la kamu! huhu :)
[edit]~kasi caps lock sebab blogger ni suka gossiping jugak. tiba-tiba rasa nak touching~