Thursday, July 29, 2010

sabar dalam Al-Quran

Assalamulaikum,
Salam sejahtera salam ceria. Minggu ini masih masih sibuk seperti biasa. Sehinggakan masih belum berkesempatan lagi mahu blogwalk seperti biasa apatah lagi makan cendol bersama sis adah seperti yang di plan-kosong kan. Sabtu ini pula maCy ada reunion bersama ex-smapl batch '07, known as Genesis '03. Maka terpaksa ditangguhkan lagi lah janji temu kita ya sis? Tidak sabar rasanya, sudah 5 tahun tidak ketemu dengan sahabat lama. Moga-moga plan menjadi seperti yang dirancang.
Berbalik kepada tajuk entry, ujian itu ibarat darah daging dalam perjalanan kehidupan. Ujian serta dugaan itu barangkali adalah sekadar 'selingan' sebelum Allah memberikan satu-satu nikmat kepada hamba-hamba-Nya. Dan yang pasti, harus diingat,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


tengok sunset time kat pulau~tiada kena mengena dengan entry

Justeru, di sini maCy mahu berkongsi himpunan ayat-ayat yang mengandungi kata 'sabar' itu.
"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’" (Al Baqarah : 45)
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al Baqarah : 153)

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah : 155)

"Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfaal : 66)"
"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. (As-Sajdah : 24)"
"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Al-Ahzab : 35)
"Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur." (Luqman : 31)
" Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)," (Ar-Ra'd : 22)
"Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik." (Al Ma´aarij : 5)

"(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur." (Ali Imran : 17)
"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar." (Fushshilat : 35)


Kadangkala masa terasa suntuk untuk berbuat itu ini. Tapi pastinya rugi bagi mereka yang tidak mahu meluangkan sedikit masa untuk mempelajari dan menghayati ayat-ayat-Nya.
Sumber (Klik Sini)

p/s : manusia memang alpa. maka saling mengingatilah dengan kebenaran dan kesabaran~

Tuesday, July 27, 2010

surat buat seorang blogger...

Assalamualaikum..

Kali ini biar gambar sahaja bercerita...

saye owner blog~

ni AsaDa Ryutaro, pemilik blog ni (Klik Sini)

dalam surat ni saya nak bagitau something kat dia..



~sebenarnya...

v
v
v

itu saja.. yang you all fikir lain tu kenapa?? ki3

ha, sweet kan? saya memang sweet pun ;p


AsaDa Ryutaro, birthday on 28th July 198*
Sahabat dunia akhirat. Kami kamceng. Fullstop. Dulu namanya selalu masuk entry maCy. Sampai tahap kadang-kadang sengaja exclude nama, sebab selalu sangat dah masuk. Sampai kawan kampus, ilham, tanya, "asada tu kawan maCy ke?, macam dah kenal lama je". Dan paling tak boleh tahan, ada yang komen kat shoutbox tanya "maCy ada apa2 ke dengan asada?". Tidaklah! Ketawa geli hati.

Macam mana boleh baik? Entahlah. Kebetulan sahaja. Dia baik dengan semua. Cuma mungkin agak selesa untuk bercerita dengannya. Tapi sekarang dia dah jarang datang blog maCy, sangat jarang ok? Dah tu, tak jadi top commentor lagi. Siap perasan blog maCy sudah bertukar rupa pada hari ketiga selepas perubahannya! Kalau betul-betul operation memang dah keluar hospital dah encik Asada oi. huhu.. Tapi barangkali juga kerana jarak masa di sini dan di sana~ayat pasrah habis ;p

Anyway, Asada ni.. Friendly, funny, and very matured when necessary. Sangat suka perasan hensem. Positive thinking. A good man for sure. But beware! Kadang-kala kurang sirius dan melawak tak kena masa. Tapi rasanya dia dah taubat tak buat lagi ;p

Wish seperti dalam "nota cinta". Selamat hari tua! :D


... yang bergelar sahabat.. sambungan tajuk entry :)


p/s : Hey kawan, promise kawan sampai mati! ;D
n hurm, demam sudah mahu oke. jadi basuh tangan half baju2 pergi pulau, then now dah mengah2, batuk2 semula. seksa diri ke latih diri tu~

maCy sudah pulang!

Assalamualaikum..

Lama ya maCy senyap sahaja? Sebabnya maCy ke Pulau Perhentian. Dan telah kembali pada 25hb yang lalu. Sangat seronok. Sangat banyak cerita ingin dikongsikan, kisah sesat, kisah hanyut dan kisah apa-apa lagi~ Tapi entah macam mana boleh demam ni. Badan panas semacam sahaja. maCy baru bangun ni. Tidur dari sepulangnya dari kelas, dan bersambung sehingga malam dan berdaya akhirnya jam 5.30 pagi. Diajak ke klinik tidak mahu pula. Sengaja mahu membiarkan sel darah putih bekerja keras sedikit. Masih tidak ada tenaga untuk blogwalk. Maaf ini entry orang sakit. Yang pasti, insyaAllah esok ada entry lagi :)


p/s : abang sudah keluar hospital semalam. alhamdulillah..

Tuesday, July 20, 2010

mesej

Assalamualaikum..

Rasanya ini entry terakhir maCy sebelum maCy ke Pulau Perhentian Khamis ini. Program Pedagodi P&P dan Eksplorasi Marin adalah projek kami semester ini. Balik nanti pasti kulit maCy hitam sunburn punya. Hitam tak apa, jangan kulit sensitif jadi apa-apa sudahlah..

Malam tadi maCy dapat mesej dari nombor ni, 013644****. Bila ditanya siapa tak berbalas pula. Ini isi mesejnya ;

"Duhai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tak terpaut pada wanita hanya pada kecantikan/lirikan manja, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu pemimpin pada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah lelaki itu sedang membina kepimpinannnya bagi memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya & lelaki yang benar-benar layak pasti hadir untuk melengkapkan dirimu.."

Ihsan google

Tak tahu kenapa atau siapa. Tapi barangkali kerana status maCy di Facebook, "Don't make her wait, just because you know she will..". Sebenarnya tu status yang dicilok dari senior maCy. Tak ada niat apa-apa pun. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya mesej itu masih berisi dan menyejukkan hati~

p/s : masih muda. perihal jodoh belum masuk kepala, atau mungkin malas sudah mahu memikirkannya~

Monday, July 19, 2010

abang vs abang angkat

Assalamualaikum..

Salam mesra, salam satu agama, salam satu bangsa, salam satu malaysia~ Alhamdulillah, hari ini mood agak ceria. Terima kasih atas doa dan semangat oleh rakan-rakan blogger semua pada entry lepas. Semuanya amat-amat maCy hargai, dan harap dapat terus mendoakan agar segalanya segera kembali seperti biasa.

Abang maCy telah keluar icu dan masuk ke u c me pula. Eh, maksud maCy ke wad biasa.. Syukur alhamdulillah. Bermakna telah keluarlah dia dari saat-saat genting.

Sewaktu di dalam kelas kimia, satu mesej masuk, menandakan dia telah meng'update status Facebook. Gembira! Itu sahaja yang mampu maCy katakan meskipun status itu sedikit menakutkan maCy kerana sedikit sebanyak menceritakan situasi yang berlaku sebelum ini.. Tandanya dia sudah sedikit bertenaga..

"my heart stopped 4-4x. i was in 'code blue' n thre were 10-15 specialists who were asked 2b on stndby. i wldnt hv made it if it hppnd outside of ICU & my chnce of surviving was ,50%. mati hidup semula. miracles do happen dgn kekuasannNYA n i'm living proof of dat.. alhamdulillah. disaat genting hanya 1 yg kufikirkan - andainya ajalku tiba saat ini, adakah hidupku satu akhiran yang baik yg mampu mmbawa aku ke syurga..."

Saat itu juga maCy terus menghantar sms kepadanya, menyuruh dia berehat bukan bermain FB, lepas gian katanya. Biarlah, semakin sihat, dan sedikit kata-kata daripadanya, itupun sudah cukup membuat maCy bahagia. Meskipun hati ini menangis tak henti, selagi tidak maCy lihat dia benar-benar sihat di depan mata..

Dahulu, semasa di alam sekolah menengah, maCy akui, maCy memang mahukan seorang abang yang usianya dekat dengan maCy. Kerana jiwa maCy kala itu yang kurang lembut barangkali, sukakan muzik yang keras, sukakan aktiviti lasak dan sebagainya. Tambahan pula, jarak usia dengan abang yang terdekat adalah sepuluh tahun dan hati ini sungguh rimas dengan bebelan kakak-kakak.

Kerana itulah barangkali maCy mempunyai seorang abang angkat di alam persekolahan dahulu. Namun, semakin meningkat usia, kematangan bertambah, dan hubungan adik-beradik juga kian akrab. Tidak lagi kerap mendengar bebelan kakak-kakak juga. Mentahnya pemikiran ketika kecil. Tidak berpeluang bercampur dengan yang dewasa, dirasakan kurang kasih sayang pula.

Abang angkat, sanggupkah berkorban demi adiknya seperti abang kandung sendiri? Pastikah menjadi teman ketika sukar? Dan err, juga tidak mampu menjadi wali kelak.. hee

Sungguh, ikatan yang sebenar itu sebenarnya memadai. Tidak perlu menambah adik angkat atau abang angkat. Kerana seribu abang angkat pun belum mampu menggantikan darah daging sendiri~

***

Jangan pula abang kakak angkat maCy merajuk dengan entry ini. Sungguh, maCy memang ramai abang dan kakak senior yang seolah-olah kakak dan abang angkat yang rapat dengan maCy. Sesiapa sahaja meskipun yang berbeza hanya setahun pun menganggap maCy seperti adik. Tidak hairanlah maCy ramai abang dan kakak~ Itu berbeza, rapat secara natural, bukan diambil kerana comel, kacak dan sebagainya.

Kakak yang bertudung maroon ini, seorang senior disini yang juga maCy anggap seperti kakak sendiri~

Kaum hawa lazimnya disinonimkan dengan abang angkat berbanding kakak angkat, tapi maCy lebih sukakan kakak berbanding abang dewasa ini. Akhir kata, sayangi abang, kakak, abang angkat serta kakak angkat anda :D


p/s : hati sedikit lega, sudah boleh buat kerja. err, semakin lama entry maCy semakin panjang, lama-lama tak ada yang mahu baca. isk

Derma doploh sen : Klik Sini

Sunday, July 18, 2010

nasihat dari seorang abang

Assalamualaikum dari Kuala Lumpur..

maCy saat ini berada di rumah abang di Kuala Lumpur. Lewat petang semalam dijemput oleh abah dan abang untuk ke hospital bagi melawat seorang lagi abang yang dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Jam 9 malam semalam, kakak ipar meminta kebenaran doktor untuk membawa masuk adik bongsu melawat abang sulungnya. Dan kaki ini segera melangkah, menukar selipar yang disediakan, dan akhirnya berjalan perlahan menuju ke katil yang menempatkan tubuh abang. Belum pun tiba ke bucu katil, air mata mula mengalir, melihatkannya yang terbaring dengan wayar-wayar di atas tubuh.

Bibir ini terkatup tak berkata apa. Biar mata sahaja berbicara. Jari jemari ini menggenggam erat tangan abang. Lalu si abang berkata, "ma, tengok, ape pun adik-beradik kita ada...". Kata-kata biasa didengar. Ingatan agar kami adik-beradik terus akrab begitu. Dia kemudian menyambung lagi, "ma, mati ni boleh bila-bila je. ingat tu..". Dan air mata ini terus-terusan laju..

Bertemu boleh sebentar sahaja. Setelah keluar, maCy kembali ke bilik menunggu yang penuh dengan kami sekeluarga. Dari dalam bilik itu lagi, kakak abang sudah ketawa kecil melihat maCy yang menangis. Yalah, sudahlah sengaja tidak diberitahu awal, lewat pula tiba dan yang terakhir melawatnya. Abang kakak kahwin menangis, bila sakit apatah lagi menangis. Lalu kakak kedua merangkap anak ketiga menarik tangan lalu semakinlah maCy melutut menangis di ribaannya.

Abang dimasukkan ke hospital setelah mengadu pitam dan sakit dada. Semalam dia menjalani Angiogram. Sejenis x-ray yang menggunakan dye khas dan kamera (fluoroscopy) untuk mengambil gambar peredaran darah dalam arteri (seperti aorta) dan vein.

Ya Allah, rapatkan dan kekalkanlah ikatan kami adik beradik, permudahkanlah urusannya dan Kau sembuhkanlah dia segera. Kerana kasih ini tidak ternilai harganya..


p/s : doakan abang maCy segera sembuh ya..

Friday, July 16, 2010

Tanya Sama Pokok

Assalamualaikum..

Tiada apa nak dikata. Teringat zaman kanak-kanak. Dan kemudian mengenang pula masa sekarang. Tapi masa lagu ini wujud maCy belum pun wujud di dalam perut. hihi. Apa pun, liriknya sangat bermakna~

video

TANYA SAMA POKOK
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Apa? Macam entry segera? Ehee. Maafla. Busy sikit lagi... huhu


p/s : hati tenang bila mendengar ayat-Nya. Sungguh, sebaik-baik hiburan~

Wednesday, July 14, 2010

Blogging bermakna. Apa kata anda?

Assalamualaikum semua,

Salam ceria salam bahagia. Maaf kali ini tidak juga dapat maCy bawakan entry yang berunsur ilmiah. Jika dulu apabila ada masa, maCy akan selang selikan dengan entry yang berunsurkan ilmu, sains, info semasa dan sebagainya. Tapi masa kini kian mencemburui lalu tidak berkesempatan lah maCy untuk buat further research on certain topics. Yalah, mahu berkongsi pun perlu terlebih dahulu mencari ilmu, agar tidak salah perkongsian yang dibawa.

Berbalik kepada tajuk. Apa sebenarnya faedah blogging dari mata kita sendiri para blogger? Maklum, setiap individu punya sebab sendiri untuk giat berblogging. Tapi sejauh mana blogging ini bermakna kepada kita? Atau blogging ini sekadar mampu mengisi masa terluang sahaja. Namun, bagi maCy, mengisi masa juga merupakan antara faedah yang maCy perolehi dari berblogging ini. Tidaklah seperti dahulu, masa terluang dipenuhi dengan menonton drama jepun atau movie sahaja.

Bukan apa, ada juga sahabat yang tertanya-tanya, bagaimana maCy boleh menulis sekurang-kurangnya satu entry setiap hari. Semuanya memerlukan cetusan idea. Percaya atau tidak, semuanya bermula dari berblogging juga. Pada awalnya, mahu menulis satu entry seminggu seperti saranan abang Anoz (antara blogger pertama yang maCy kenali di awal zaman aktif blogging) juga dirasakan tidak mampu. Tapi semakin lama, idea mencurah-curah sehinggakan kadangkala ada beberapa draft entry yang belum dicampak ke laman utama.

Muka stress tak ada idea mungkin macam ni. Masih maintain lagi ;p

Maka, di sini maCy kumpulkan beberapa faedah yang maCy perolehi :

  1. Menjana idea
  2. Menambah ilmu pengetahuan (sehinggakan ada kawan yang kata maCy selalu bercakap berdasarkan fakta. nerd terasa..=.=")
  3. Lebih updated dengan pelbagai isu semasa
  4. Menambah rakan alam maya dan seterusnya ke alam nyata!~seperti Zaizax, Asada Ryutaro, Sis Mawaddah, Che Kechik, budakcomot dan lain-lain. Sungguh. Kami rapat semua. Ada peluang kita jumpa ya :)

Itu apa yang maCy rasa. Apa pula kata anda?


p/s : berkejar membuat entry sebelum mula discussion malam ini~

Tuesday, July 13, 2010

Happy Birthday!

Assalamualaikum semua!

maCy lama sudah tidak berceloteh membebel serta berkata-kata di ruang maya. maCy seriously amat sibuk. Tak lama lagi maCy dan ahli unit (kelas) maCy akan ke Pulau Perhentian untuk Eksplorasi Marin. Makin sibuklah kami apabila terlalu ramailah pensyarah yang mahu menyertai kami. Dan bertambah-tambah sibuk lah apabila Timbalan Pengarah IPG maCy juga mahu turut serta. Lalu maCy yang ditugaskan sebagai bendahari sibuklah berlari-lari mengejar kesibukan kuliah sendiri dan jadual pensyarah untuk mengutip hutang bagaikan along bertauliah. ~sirius maCy termimpikan Timbalan Pengarah semalam. Bertapa stress kerana susahnya mahu berjumpa dengan orang besar-besar ini! huh

Tapi bila teringatkan petang khamis lepas kami sekelas bersepah-sepah di bandar Melaka mendapatkan dana bagi meringankan perbelanjaan kami nanti, sungguh kelakar rasanya. Tapi sukarnya menjalankan program sendiri, Tuhan sahajalah yang tahu. Memandangkan kami juga terikat dengan beberapa program wajib sebagai syarat untuk lulus semester ini.

Oh, panjang sungguh intro maCy kali ini. Iyalah, sudah lama tidak membebel rasanya. Tujuan entry kali ini adalah kerana 'jeles' dengan entry sahabat baik maCy, Atul berkenaan dengan birthday seorang lagi sahabat baik kami, Adhar.

Pernah sekali...
Adhar : Jom pegi kacau cikgu Roziah!
Jering : Jom!
Izzat : On adhar on!
Adhar : woi izzat ko nak cari pasal dengan aku ke??

maCy tergelak besar bila mendengar cerita ini. Kenapa? kerana Izzat tidak sengaja berkata begitu, nama Adhar, Muhammad Adhar Bin Onn~

Gambar tahun lalu rasanya :)

Sejarahnya maCy boleh berbaik dengan Adhar ini maCy pun tidak tahu. Kami tidak sekelas dan Atul sendiri pelik bagaimana maCy dan Adhar sangat kamceng berdua. Mula kononnya mengajar kimia tetapi akhirnya maCy terpaksa mendengar kisah kucing-kucing yang menjadi kesayangan di rumahnya. Itu sahaja permulaan. Sifatnya yang gila-gila tidak tahu malu (hihihi) dan ceria sangat melucukan. Sehinggakan sifatnya yang sengaja suka menyakitkan hati orang juga tidak mampu membuat maCy marah padanya.

Tetapi tidak hairanlah, dia memang baik dengan semua, cuma baik dengan maCy sahaja yang peliknya. Dan ha, Atul, antara maCy dengan Atul, maCy lebih kamceng dengan Adhar kan? ~ayat sengaja cari pasal ;p

Sungguh, dialah sahabat yang paling sengal, amat gemar bergurau, suka tersenyum dan tidak pernah membuat maCy marah. Jika ada pun, tidak pernah lama apatah lagi kerana dia tidak ego untuk meluahkan kata maaf.

Happy birthday to you. Seperti wish-wish tahun lepas yang tidak pernah makbul, semoga pertambahan umur menjadikan kamu cepat matang ya Adhar! ;p

Adhar, we love you, i love you. We're bestfriend, now and always :)

p/s : betul kata atul, beza antara bestfriend dan boyfriend, bestfriend tak akan tinggalkan kita untuk perempuan lain :)

Monday, July 5, 2010

Entry ini kosong

Assalamualaikum..

Lama sudah maCy menyepi bukan? Maaf dipinta, bukan sengaja. maCy benar-benar amat sibuk dengan banyak kerja. Tetapi alhamdulillah, masih mampu menghidupkan hari-hari yang sibuk itu. Apa yang penting, pandai lah 'cover' masa dan kerja dan fahami keperluan orang lain juga.

Gambar hiasan. maCy suka pantai

Baru-baru ini maC ke Seremban bersama-sama dua orang kakak senior, untuk melawat sahabat yang sakit. Tidak begitu rapat tetapi hendak kata tidak langsung pun tidak juga. Maka, terdetiklah di hati untuk sama-sama menziarahi si sakit apabila mampu, semoga bila sampai waktu kita, tidak susah seorang diri.

Dan baru-baru ini juga, ibu kepada seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah. Sedih rasanya bila yang disayangi pergi. Namun, semestinya perlu diingat, yang pergi tak akan kembali, yang hidup pasti juga akan mati. Al-fatihah...

Berbalik kepada cerita, setelah ke Seremban, kami bergerak ke Kuala Lumpur dan berjalan-jalan sebentar mengikut suka hati kerana tidak merancang diikuti dengan penambahan seorang lagi kakak senior. Menjadikan perjalanan empat orang dengan dua buah kereta. huhu. Seriosly, sangat happy bila dapat luang masa ditengah kesibukan belajar.

Di kesempatan yang tidak dirancang itu juga, kami bertemu sebentar dengan seorang sahabat lama. Sahabat maCy sebenarnya. Tetapi salah seorang akak senior yang seperti kakak maCy sendiri yang 'tolong' mengajaknya untuk minum bersama. Yalah, alang-alang, kami jarang ke sana, dan dia juga mahu bertemu kawannya.

Tebal rasanya muka ini. Entah kenapa, maCy selalu terdiam seribu bahasa apabila adanya dia. Segala kata seakan dilafaz sebelum berfikir juga. Tapi yang pasti, segala kelakuan pelik itu tiada yang sedar. Cuma yang maCy tahu, setelah dia pergi, maCy banyak sungguh bercakap dan bergelak ketawa. Sehinggakan sahabat senior yang ada bersama pun berkata "cerianya adik-adik Ha ni, patut la senyum je kerjanya..". Sungguh, cuma setelah dia pergi. Kenapa begitu?

Orangnya insensitive. Bercakap dengannya perlu sentiasa direct. Sedikit kurang memahami. Orangnya sibuk dengan urusan sendiri. Dari dulu lagi, hati ini tidak terjaga, kerana dia sibuk orangnya. Bukan sibuk dengan kerja, tetapi jadual penuh dengan aktiviti. Tidaklah romantis, tidaklah juga putera idaman. Tidak juga pandai mengambil hati, langsung juga bukan pendengar setia. Tetapi dalam 3 tahun ini, dialah yang ada di ceruk hati. Disangka sudah dibuang, tetapi pertemuan yang tidak dijangka ini, kembali membuat jantung rasa tak senang.


Apa yang penting, maCy bahagia untuknya. Seorang puteri yang sekarang sedang menyambung pelajaran di luar negara, moga kamu bahagia berdua:)

~Kalaulah sekali dia berkata 'jangan' petang itu..

****

Mengapa entry kali ini emosi sedikit? Kerana terbaca kata-kata di blog Aien. Sis! Apa sis buat kat maCy dengan your latest entry tu?? huhu

Errr, dan kenapa tajuk entry seakan tidak sama dengan isinya? Kerana cerita ini hanya untuk kita-kita :D


Forget the times he walked by,
Forget the times he made you cry,

Forget the times he spoke your name,
Remember now you're not the same,
Forget the sweet things if you can,

Forget the times and don't pretend,
Remember now he's just your friend.
*dari blog Aien*


p/s : ini cerita hanya direka. percaya?