Tuesday, June 29, 2010

Ohh, World Cup. Girls, what are they looking for?

The Player?

70% : Good Looking
30% : Skills

Excluding me. I love Messi! err, but I love Kaka and Cristiano Ronaldo too! ;p

That sweet smile^^



p/s : ohh, soo kesian kat kaka.. and, portugal vs spain.. isk.. berat nih~

Monday, June 28, 2010

Kelebihan Ais Krim

Assalamualaikum semua..


Kuliah telah bermula. Maka bermulalah era kurang blogwalk dan kemalasan maCy untuk update. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kelas maCy habis pada jam 4.30 petang setiap hari. Dan hari ini, kelajuan internet benar-benar menguji kesabaran. uhh.. Kepada semua, teruskan berblogging, dan kepada peminat England, usah menangis lagi, kita jumpa lain masa.. ~maCy lah tu. hihi

Berbalik kepada tajuk di atas, ais krim. Sedap bukan? Siapa tidak suka aiskrim? Rugilah. Bukan kanak-kanak sahaja yang menggemari aiskrim tetapi orang dewasa juga. Betul tidak suka? Baru sahaja mahu belanja ;p
For you :)
Mine, tengok sahaja boleh ;p

Kali ini maCy mahu berkongsi mengenai beberapa kelebihan aiskrim iaitu ;


  1. Tindakan mengunyah aiskrim bagi kanak-kanak boleh menguatkan gigi mereka
  2. Aiskrim yang sejuk itu boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan. Lain masa maCy kongsikan kelebihan ais ya?
  3. Zat dalam aiskrim boleh memulihkan pesakit insomnia
  4. Kalsium dalam aiskrim juga banyak kelebihannya

Jadi, apa lagi? Jom makan aiskrim sama-sama :D

***

Hari ini maCy nak introduce dua lagi blog yang maCy suka. maCy rasa rugi kalau ramai yang tidak membaca penulisan mereka. Blog DakwatBasah, seriously banyak ilmu dan opinion bernas yang boleh dikongsikan bersama. Juga blog UNIVERSAL, especially for those yang suka baca update issues. I love them both :)

p/s : sis adah hutang maCy cendol ;p

Sunday, June 27, 2010

Budaya Tag dan Award

Assalamualaikum..


Perut kriuk2. Sungguh. Entah bila perut maCy akan dapat kembali mengadaptasikan dirinya dengan suasana lazim di kampus ini. Kelaparan. Itu perkara biasa.. Tapi buat masa ini, perut ini memang perlu diajar berlapar..

Kemarin maCy mendapat beberapa tag dan award dari beberapa rakan blogger. Tetapi disebabkan maCy yang sedikit busy ini, maCy tidak pula ingat kesemua blogger yang telah menghadiahi maCy dengan award. Dan ada diantara tag dan award yang pernah maCy terima sebelum ini.

maCy akui, tag dan award merupakan satu budaya yang tidak asing lagi dalam dunia blog selain ziarah-menziarahi sesama blogger. Tapi, pernahkan anda menerima tag atau award yang anda pernah terima beberapa bulan dahulu? Maksudnya disini, award dan tag itu telah berpusing sekalian kalinya dan anda telah ditag untuk sekalian kalinya juga?

Belum dicampur dengan tag yang memerlukan kita menjawab puluhan soalan. Contohnya, terdapat 10 soalan dalam tag, dan setiap soalan memerlukan anda memberi 5 jawapan. 10x5=50!

Pada awalnya maCy sekadar mengedit entry award atau tag yang telah dibuat dan menambah nama pemberi yang baru dan menyertakan link entry tersebut di ruangan komen si pemberi. Tetapi kini, rasanya maCy tidak berkesempatan lagi untuk berbuat demikian. Sibuk dengan urusan peribadi, sibuk juga untuk menyediakan entry dan membalas kunjungan serta meluangkan masa untuk membaca entry-entry di teratak blog lain.

Hurm, perlukah award kini disertai dengan tarikh luput untuk memberi? huhu. Agar tiada lagi award yang sama dianugerahkan kepada blogger yang sama. Tidak akan pula mahu membuat entry yang lebih kurang sama, hanya kerana mendapat tag dan award itu buat kali kedua atau ketiga. Dan sebenarnya maCy tidak sampai hati lagi untuk berkata "Terima kasih! Tetapi saya sudah pernah menjawab tag/award ini :)".

Sekalipun disertai dengan senyuman, seperti tidak sampai hati pula. Di-tag an diberi award, itu tandanya kamu ingat saya! Sebenarnya di sini juga maCy nak kata sorry pada blogger yang pernah beri maCy tag dan award tapi maCy tidak membuat entrynya. Maaf ya!

Anyway, thanks to them yang sudi bagi maCy award :)
from elina dan dakcomot

Jom sertai Contest Gambar Best by Asada, closing date 1 Julai 2010 ini!

p/s : sudah berkemas, mahu makan nasi bawa dari rumah tadi :D

Friday, June 25, 2010

end of the holiday, gonna miss you~

Assalamualaikum..

Cuti sudah mahu tiba ke penghujungnya. Barangkali dan rasanya inilah entry terakhir sebelum maCy kembali untuk meneruskan perjuangan di kampus. Sepanjang cuti ini, tidak banyak yang maCy lakukan melainkan menghabiskan cuti sepenuhnya bersama famili. walaupun sebenarnya banyak online juga.. huhu
Hari ini antara hari yang paling indah di akhir-akhir cuti ini. Kenapa? Sebab dapat bergembira bergelak ketawa bersama adik beradik walaupun tidak sampai separuh yang ada di rumah. blogger yang kata maCy anak tunggal itu, maCy kali ini selit dalam entry yang maCy ada kakak-kakak juga ;p

Since my family susah nak kumpul ramai-ramai, jadi semalam kami cari ikan patin untuk dimasak tempoyak, our family's favourite. Lama juga kami menunggu peniaga yang menghilang. huhu


I love my dad's expression but I dislike my sis's, so inilah hasilnya ;p
Bila masing-masing sudah dewasa dan mempunyai kerjaya, sangat sukar untuk mengumpulkan semua ahli keluarga. Dan hari ini maCy dan dua orang kakak tidak termasuk seorang lagi yang berada di dalam rumah berborak kosong di petang hari sepanjang menemani askar-askar maCy bermain di luar rumah.
Ok, cover balik, the one in maroon, that's her. Masa kenduri kahwin lepas :)

Rindu. maCy pastinya akan rindu untuk pulang ke rumah lagi. Dan rumah pastinya akan sunyi lagi setelah maCy pulang ke kampus ahad nanti dan semakin sunyi apabila kakak-kakak maCy pulang ke universiti Rabu kemudiannya.
These kids, seriously gonna miss you sayangss~
Pada awal cuti lalu, maCy ada juga menyertai reunion sekolah. Tiga tahun sudah, dan itulah kali pertama maCy bertemu semula dengan mereka. Rindu. Sungguh maCy rindu mereka. Tapi, my classmates dua sahaja yang dapat hadir :(
The only yang dapat datang.. Form 5 '07 & Form 3 '05
Maafkan kesengalan mereka ya.. huhu
Earin, err.. tak kenal dan Rohaizad. Serious, maCy tak kenal.. huu
Makan time~

My bestie both.. Epu dan Atul :)

Walaupun semester belum bermula, i'm waiting for the next holiday! ;p

p/s : Mahu pergi makan, jom! Err, header baru! Tapi rasa macam yang sebelum ni lebih cantik. Eh? Ke macam mana? huhu

Pencinta Pemain Gitar

Assalamualaikum dan hai semua..

Di sini maCy ada gitar..
Mainkan sebuah lagu untuk maCy boleh?
Seronoknya, kalau ada yang boleh main untuk kita..
Ok, maCy bukan berangan..
Cuma bercerita..
Suka gitar..
Itu sahaja..
Huhu..
err.. sangat-sangat suka!^^

Sebenarnya, kali ini maCy tak ada cerita. Bluetooth lappy maCy buat hal. Pada mulanya abang Long kesayangan, oklah, tipu. Tak panggil abang Long, abang Jie, my big brother dah tolong tengok tapi lepas tu tak jadi juga. Kesannya, semua gambar untuk dibuat entry tidak dapat diupload untuk dijadikan cerita. Jadi, mahu puasa entry lagi, boleh? Bolehla ya.. hee~

Di kesempatan ini juga, here, now, I'm introducing you a new blogger, CikguAfiq. He's my pet brother. Ok, maCy tipu lagi. Haha. He's my friend, Cikgu baru 2011 insyaAllah. Betul kan abang? ehee.. Tapi confirmlah dia tak sama IPG dengan maCy sebab maCy IPG perempuan sahaja. huhu.. So come and support this new blogger okay? And the good thing is, he told me, "baru abang tahu blogger ni kepala semua boleh layan jugak.." I like it! Seriously~ Call him CikguAfiq. Wanna visit him? [Klik Sini]



p/s : kakak dah di rumah, suka-suka, akhirnya ada juga nak dibuat teman~

Wednesday, June 23, 2010

kisah seorang maCy dan nasi

Assalamualaikum..

Hai, penyakit malas mengupdate maCy semakin parah. Percaya atau tidak, maCy ada 3 entry separuh jalan yang belum selesai sepenuhnya. Buat sikit, rasa malas, terus berhenti. Tak save pula tu. isk3..

Tak apa, kali ini kita cerita bab makan dan seorang gadis bernama maCy. huhu.. Dari semalam maCy memang lapar sangat, tahap gila budak sekolah kata. Dan semalam juga masa chatting dengan seorang sahabat, maCy mengadu lapar, dan kawan tersebut kata "maCy tiap malam mesti mengadu lapar..". Tiap malam maCy 'baca' dia kata macam tu, sebab tiap malam mesti maCy mengadu lapar punya. haha

Lepas mengadu, mestilah maCy cari makan, kesian bila perut menyanyi sakan, kalau sedap tak apa. Teka maCy cari apa lewat jam 12 malam itu. Tekalah... Biskut? Salah! Mestilah nasi juga. Sungguh. Amalan yang langsung tidak sihat. huhu

mesti nasi putih nasi lain tak berapa nak layan.. huhu

Nak kata tak makan, makan. Sampai maCy tanya mak "mak, ma ni patutnya dah kenyang, tapi rasa nak makan lagi", lalu mak menjawab, "makanlah ma, bukan berdosa makan banyak..". maCy tergelak bila dapat jawapan macam tu, sebab sebenarnya tiap hari juga maCy tanya mak, "nak tambah lagi boleh tak?". Mana tak tanya, kalau dah sampai 3 kali angkat pinggan pergi ke periuk nasi. isk

Entah mood apa maCy sekarang ni sampai kerjanya makan saja. Tapi kecik juga. Kalau ada yang cakap maCy ni kecik sebab tak cukup makan juga tak tahulah nak kata apa. Ha, ada tips nak gemuk tak? Bukan gemuk tak sihat tu, tapi gemuklah. huhu

Sebenarnya malam ni tiba-tiba cerita pasal makan sebab tak puas hati bluetooth lappy tak boleh pakai. Apa kena mengena? Sebab maCy nak bluetooth gambar kek batik maCy buat semalam nak tunjuk kat kawan. haha. Bukan excited(edited) sangat tapi sengaja, kebetulan kawan maCy pun baru buat kek batik juga. Lagipun, jujurlah, maCy ni bukan rajin buat kek, puding, kuih, itu semua, pandai sikit masak lauk sahaja sebab boleh makan dengan nasi. Puding tak boleh kan? hehe

Kek batik maCy buat nampak lebih menggoda, sila percaya.. hehe


Lain dari itu, tak sabar tunggu kakak balik esok sebab nak ajak buat kek cokelat. Mengidam dah lama. Bahan dah ada tapi saja tunggu dia. Dia rajin sikit buat itu semua. Kot-kot dapat goyang kaki makan saja seronok juga ;p


p/s : esok ikut mak abah pergi kL.. kL, bandar besar tapi sebenarnya nama kampung.. kuala lumpur~ haha

Tuesday, June 22, 2010

My Name Is Khan And I'm Not A Terrorist

Assalamualaikum..


Siapa di sini peminat filem hindustan? Pernahkah menonton filem seperti tajuk di atas? Kalau Lun kata dia orang terakhir yang menonton filem tersebut, habis, maCy ini mahu dikategorikan sebagai apa? huhu

Sebenarnya review dan pandangan berkenaan dengan filem ini telah pun dikongsikan oleh blogger Lun dan mungkin ramai blogger lain. Tapi, ketika itu maCy sendiri masih belum menontonnya. Mahu baca entry Lun? [Klik Sini]

Berbalik kepada kisah filem ini, kisahnya berkisarkan Khan (Shah Rukh Khan) yang merupakan pesakit Autism yang beragama Islam. Sikap dan ketaatan Khan terhadap ibadah solat yang diwajibkan dalam agama Islam contohnya memang perlu dipuji. Khan ini juga membawa watak yang amat baik dan wajar dijadikan contoh. Diringkaskan, antara mesej utama filem ini adalah untuk membawa mesej keamanan dan menyimpulkan bahawa Islam bukan agama yang menyokong keganasan.

Rata-rata review dan pandangan yang dikongsikan oleh kebanyakan blogger di serata dunia menyokong 100% setiap isi dan intipati filem ini. Lebih-lebih lagi setelah sekian lama terutamanya selepas tragedi serangan 11 September 2001, statement "my name is khan and I'm not a terrorist" oleh India's biggest star itu sungguh bermakna dan telah mebawa impak yang besar ke seluruh dunia. Benar, mesej yang padat itu pasti mampu menyentuh semua hati yang belum mati, tapi sedarkah bahawa ada sedikit isu yang tampak kecil tapi sebenarnya sangat bahaya?
Di mata Barat

Sedikit memeningkan apabila wujud kisah cinta antara Khan yang beragama Islam dan Mandira (Kajol) yang beragama Hindu. Dan kemudiannya anaknya pula tidak pasti beragama apa kerana dibesarkan dan dididik menggunakan kedua-dua agama. Fahaman apa yang ingin disebarkan ke dalam jiwa kita umat Islam terutamanya di sini? Melahirkan free thinker atau apa? Bak kata Lun, "Ya, Islam mengamalkan toleransi, tetapi bukan begini caranya."


“There is only two kind of people in this world . Good people who do good deeds . And bad people who do bad”

kerana itulah wujud syurga dan neraka bukan?

Kesimpulannya di sini, yang terbaik pun mempunyai kekurangan, maka diri kita sendiri yang perlu mencedok isi mana yang diambil dan yang mana perlu ditapis keluar. Tetapi apa pun, filem ini memang wajib ditonton!

Sebelum maCy mengakhiri entry kali ini, pernah menonton filem Slumdog Millionaire? One of the best juga! :D

Akhir kata, my name is maCy, and I'm not a terrorist.

p/s : mahu keluar menamatkan riwayat broadband Celcom yang indah cerita dari kelajuannya~ huhu

Monday, June 21, 2010

minta password untuk apa ya?

Assalamualaikum semua~
Tak berapa suka bunga tapi sangat suka roses~ [tiada kaitan dgn entry]


Salam ukhwah, salam rindu, salam segalanya kepada semua. Sudah lama rasanya maCy menyepikan diri. Tidak lama dahulu maCy pernah menyuarakan hasrat untuk berhenti berblogging. Dan sepanjang masa itu maCy sekadar menjadi silent reader dan keep in touch dengan beberapa orang blogger melalui laman sosial Facebook sahaja.

Akhirnya, hati ini terpujuk kembali untuk tidak meninggalkan 100% dunia blogging ini. Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang tidak putus-putus memberi semangat dan sentiasa memaklumkan sekiranya mereka mempunyai entry terbaru. ohh, soo skema..huhu

Sekadar untuk becerita, juga bertanya dan mendapatkan pandangan. Dalam ramai-ramai yang mengajak maCy kembali aktif berblogging, terdapat seorang adik yang menimbulkan tanda tanya.

Adik : Akak, akak dah taknak blogging ke?
maCy : Tak tahu lagi.. Macam malas tapi sayang nak tinggal terus..
Adik : Yeke, kalo da stop baru ingat nak mintak pw..
maCy : pw? apetu?
Adik : Password
maCy : hah? nak buat ape?
Adik : hehe

Setelah beberapa kali ditanya, adik itu masih tidak memberi jawapan dan akhirnya perbualan terhenti setakat itu sahaja. Secara jujur, keadaan ini sedikit menimbulkan rasa tidak senang. Bukan tidak senang kepada adik tersebut tetapi sekadar tertanya-tanya untuk apa mahu diambil password maCy. Takut digodamkah maCy ini? Barangkali takut diganggu privacy atau diguna nama sesuka hati. Kenapa? Untuk apa? Semuanya bermain di kepala. Dan kenapa maCy risau sangat? Itu juga menjadi soalan sebenarnya. huhu.. Isk, untuk apa ya?


p/s : baru lepas tengok bola.. game yang sungguh membosankan.. huhu

Wednesday, June 16, 2010

Anonymous, get out from here.

Mode : Berehat bersantai dirumah. Sudah lama tidak membuat entry. Bercadang untuk terus berhenti menulis. Atau sekurang-kurangnya mengambil cuti lama sebelum kembali ke arena perkongsian di alam maya.

Entry dedicated to : Puan Anonymous tersayang.

Siapa kat sini sempurna? Paling penting, siapa kat sini yang cukup suka cari kesalahan orang lain, nak tanya, sempurna ke diri tu? Dedicated ikhlas kepada puan anonymous tersayang. Tak termasuk tuan-puan anonymous yang lain. Terima kasih banyak-banyak kerana membantu meng-up traffic blog maCy ni. Tapi kalau rasa hati tu tak tenteram kat sini, bawa-bawa muhasabah diri sendiri baca ayat suci banyak-banyak sebelum terlalu asyik membelek setiap kesalahan silam orang lain ataupun terlalu asyik memantau tindak-tanduk maCy sekarang atau pada masa hadapan agar jelas kesalahan diri ini dan agar dapat memburukkan diri ini dihadapan orang lain.

Satu hati yang benci sudah, tak perlu nak tarik orang lain yang elok-elok tak ada masalah dengan maCy untuk turut sama bermasalah dengan maCy juga. Apa, seronok ya mencari kesalahan orang lain? Datang ke sini semata-mata untuk membelek tiap inci entry, agar terjumpa sedikit cacat-cela. Apabila sedikit entry berbaur peringatan bersama, disuruh untuk sedar diri pula. Apa? Ingat setiap patah kata disini bertujuan untuk menyindir orang lain? Sama-sama ingat juga. maCy sendiri tulis, maCy sendiri reflect diri sendiri.

Mahu kata orang hipokrit or apa-apa kerana delete komen anda puan anonymous? Tidak, delete komen sendiri ada, jika yang tidak disengajakan tidak pasti pula tapi setakat ini maCy tidak ada mendelete apa-apa komen. Jadi semua blogger boleh menyelak satu-persatu entry maCy dan akan bertemu dengan komen puan anonymous tersayang lalu puan bolehlah bergembira kerana cita-cita puan untuk memburukkan maCy tercapai dengan terbacanya mereka akan komen puan yang berbaur tidak puas hati itu.

Jika benarlah maCy mahu mendelete, apa masalahnya? maCy bukan mendelete komen yang bertentangan dengan idea entry maCy, tetapi mendelete komen puan yang bertujuan menjatuhkan orang itu. Menjaga maruah diri sendiri. Semua tahu, apabila ada yang berhasad dengki, kata-kata disembur sesuka hati, yang sedikit dianyak agar semakin kembang dan nampak menarik. Cerita fitnah yang dibuat-buat ditambah cuka agar cukup ‘perisanya’.

Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak apatah lagi apabila mereka ini mahu semua orang sekepala dengan mereka. Menganggap siapa-siapa yang tidak mempunyai pemikiran sama dengan mereka sebagai jelek agaknya. maCy akui, maCy adalah seorang yang berkata direct, tapi bukanlah dengan kata-kata yang kasar. maCy bukanlah juga jenis yang suka bermuka-muka, dihadapan berkata suka sedangkan di belakang mengata-ngata. Dan maCy akui bermasalah apabila bersikap direct begini dengan kaum perempuan kerana mereka sukar menerima. Dan inilah hasilnya, ditikam belakang oleh insan yang berpura-pura menjadi kawan. maCy bukan jenis yang tidak boleh menerima pandangan. Semuanya benda kecil. 24jam sehari, puan anonymous, sebenarnya anda tersangat dekatlah dengan maCy, tetapi mengapa mahu ditentang secara begini?

maCy tidak bermasalah dengan mana-mana anonymous selagi mereka manjaga tutur kata dan adab sopan selain bukan kemari dengan titik hitam di hati, yang sejak awal lagi singgah bukan untuk bersama berkongsi ilmu tetapi… .

Mulai hari ini, maCy dengan kuasa Veto membuat rule baru, Anonymous, anda tidak ada tempat lagi di sini. Harap maklum.

maaf atas segala cacat-cela, kekurangan dan segalanya. Juga sedikit emosi atau kekasaran salam entry kali ini. Mahu kembali berehat sebentar dari dunia blogging :)

Thursday, June 10, 2010

Don't You Remember? + mahu stop blogging~


You and me? Talked on the phone for hours, never lost of ideas to talk about. You were my best company, no matter whether my days were gloomy or I was in a great mood. You were the best story teller, you were the best listener.
You were the greatest person I ever knew. We got close within a week, we found that we both were on the same boat. We always had the same idea, we always and always thought of everything the same way.
I honestly couldn't forget. The time we spent together, all the memories we made. All the laughter and fun we shared. Don't you remember, all the nights we both counting the stars? You were always my sun, and you always said that I was always the brightest star in the night.
Don't you remember?

Why do I blog?
I started blogging for no reason. Then, honestly, I actively blogging cz I wanted to get rid of the feeling. To make my life extra busy and to avoid myself from thinking 'bout things that annoyed me a lot. Now, I did it. I'm not sure whether people enjoys my writing or not. But still can see la sikit-sikit from the poll kat sebelah ni.. Bosan ea my blog. pasrah je la.. hihi
But, for now, I do really enjoy sharing and making new friends through blogs. But, I'm getting a lil tired and I realized that I spent too much time in front of my lappy.. Err, actualy, sejak akhir-akhir ni rasa tak semangat mahu ber'blog~
Here, I wanna say, may I stop to blog?


p/s : baru balik dari kampung, and tadi webcam dengan baby wafi, dia demam :(

Tuesday, June 8, 2010

Kegunaan Lain Pakaian Pengantin

Assalamualaikum semua,


Indahnya jika ada rezeki untuk mendirikan rumahtangga. Eh, jangan salah faham! Bukan maCy yang mahu mendirikan masjid. Umur 20, masih mentah lagi. Belum ketemu lagi putera pilihan ibu ayah. Jika sudah ada sudah tentu maCy akan kutip hadiah dari semua blogger kesayangan maCy ini ;p

Kali ini maCy mahu berkongsi mengenai satu kisah yang berkaitan dengan alam perkahwinan juga. Siapa ada baca Metro keluaran 31 Mei lepas? Alkisah maCy baru terjumpa lalu terbacalah kisah "Produk Hati Kecewa". Lelaki bertuah ini kecewa dengan bekas isterinya yang tekad untuk meninggalkannya setelah berkahwin selama 12 tahun. Wanita tersebut mengambil kesemua barang miliknya kecuali pakaian pengantin. Lelaki tersebut mendesak wanita terbabit untuk mengambil pakaian pengantin tersebut, namun dia enggan. Bila ditanya, tentang pakaian tersebut, jawabnya "buatlah sesuka hati". Lalu lelaki itupun mempelbagaikan kegunaan pakaian pengantin itu sesuka hati..


Jom kita lihat apa kegunaan sampingan pakaian pengantin hasil idea lelaki bertuah itu~

Dust cloth.. yang ni maCy biasa guna dengan baju buruk yang tak terpakai tu~

Mengemop lantai.. belum pernah cuba lagi..huhu

Letak ais buat siapa-siapa sakit lutut.. Nenek moden boleh cuba ya;p

Grill cover.. yang ni boleh bagi opah cuba.. hee

Alas buat barber pun boleh jadi..Jadi sepanduk.. yang ni maCy tahu, Ruti, Alvin, Hellioz, Frodo semua belum suruh dia dah buat dulu.. huhu

Sampai sini sahaja entry maCy. Mahu lihat kegunaan lain? (Klik Sini)

***************************************

Dikesempatan ini, jutaan terima kasih~

Award Hiro bagi :D

Award Miss Panda bagi :D

Award dari elina. maCy ambil award sahaja ya? Tag sudah pernah buat. hee

Thanks lot semua :D


p/s : rumah sunyi banyak, baby ramai dan balik :(

My Soldiers Happy Moments

Assalamualaikum,

Ampun-ampun.. Malam semalam menyepi.. Biasalah duduk di rumah, busy benar. Bukan busy apa,
"ma, jaga deena!"
"ma, tolong mandikan waidz.."
"maksu, irfan nak nasik.."
"maksu, maksu ni comel lah.." ehh? ;p

maCy nak cuti dari buat entry, hanie@nisya tak bagi.. huk3.. Tak apa, maCy sayang kamu juga hanie@nisya :D

maCy tak sempat nak menaip banyak, sudah kedengaran baby Ielman menangis~ Kita layan gambar baby family maCy saja ok?


at Teluk Cempedak

sangatlah riuhnya~

3 sekawan yang kamceng

wafi, maksu sangat rindu, lame tak jumpa :(

happy moments, lepas tu bergaduh. huhu

superman abang~

ni lagi satu superhero~

yang ni maCy tak tau nak cakap apa.. huhu

doakan maCy selamat dapat anak saudara no.19 bulan 8 nanti ya.. ok, sambung tolong mak masak.. daa~ :)

Jom berguling ke blog Asada Ryutaro dan sertai Contest Gambar Best by Asada~


p/s : sayang sangat all my askar :)